12 August 2015

Amani telah pandai meniarap

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Amani yang berjaya meniarap dengan sendiri
Perkembangan anak pasti menjadi perhatian ibubapa. Setiap perkembangan anak akan menjadi kenangan menarik untuk diingati seperti mula meniarap, mula berangkak, mula berjalan dan sebagainya.

Perkembangan terkini Amani yang kini berumur 6 bulan ialah telah pandai meniarap sendiri. Amani baru sahaja beberapa hari pandai meniarap sendiri. Perkembangan yang sama seperti kakaknya iaitu Auni. Auni juga mula pandai meniarap sendiri pada umur 4 bulan. Pada pandangan kami, perkembangan yang cukup cepat berbanding abang-abang mereka.

Selepas beberapa hari, Amani kini makin cekap meniarap. Apabila diletak atas tilam, akan segera meniarap dan pandai menarik tangannya dari tersangkut di bawah dada. Ketika ini, Amani masih tidak dapat bertahan lama iaitu beberapa minit sahaja sebelum tidak larat untuk mengangkat kepala. Amani juga belum pandai untuk kembali terlentang selepas meniarap.

Selepas ini, kami akan menanti perkembangan Amani untuk mengelunsur dan merangkak. Jika telah pandai bergerak, perhatian perlu lebih untuk memastikan keselamatan Amani. Kami juga menantikan perkembangan untuk berjalan dan berharap mampu berjalan awal seperti kakak Auni yang pandai berjalan ketika umur 9 bulan.

Semoga Amani terus membesar dengan sihat dan mengikuti perkembangan bayi dengan baik. Amin

Asyik meniarap sahaja setelah pandai :)

4 comments:

  1. Alhamdulillah...yeyyy amani dah meniarap...syukur...tak lama lagi angkat punggung pulak ye amani...lebat rambut..hitam..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon