12 July 2015

Jubah kanak-kanak untuk Auni lagi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Anda minat dengan jubah?
Jubah semakin popular sekarang ini apabila ramai pereka fesyen mula memberi idea baru kepada jubah. Jika dilihat pada pasaran, terdapat pelbagai jenis fesyen jubah yang dijual dengan pelbagai jenama.

Ini merupakan jubah kanak-kanak kedua buat Auni. Sebelum ini, kami telah beli sehelai jubah kanak-kanak yang berwarna merah dan material kain dan design adalah berbeza.

Jubah kanak-kanak ini berkain satin dengan sedikit hiasan pada tangan dan dada. Warna yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Kami beli jubah kanak-kanak ini di pusat jualan Jusco. Ia mempunyai pasangan dengan jubah dewasa dan sangat sesuai untuk dipakai ibu dan anak.

Sekarang ini Sop tengok banyak jubah kanak-kanak yang dijual terutama untuk persiapan hari raya nanti. Harga juga adalah berpatutan.

Harga jubah kanak-kanak ini ialah RM49.00 sahaja.

Bagi mereka yang ada anak perempuan, bolehlah dapatkan jubah kanak-kanak menyambut hari raya tidak lama lagi.

Galeri gambar:



8 comments:

  1. Uiii comelnya dia. Haha Cantik jubah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakak tiri cinderella :)

      Delete
  2. Alololololo...comelnya...sopan santun gitu..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. sekarang baju raya pun banyak jubah je. hehe comel je auni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang x banyak baju kurung skerang berbanding jubah :)

      Delete


EmoticonEmoticon