15 July 2015

Bermain bunga api di kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Alhamdulillah kami telah selamat sampai di kampung Sop tengah hari tadi. Perjalanan dari KL bermula selepas solat subuh. Perjalanan perlahan dari tol Gombak sehingga Tol Karak tetapi lancar apabila memasuki LPT.

Malam ini, anak-anak mula bermain bunga api walaupun belum malam raya. Suasana kampung telah memberi mood raya lebih awal.

Kami hanya bermain sekejab sahaja sementara menanti waktu Isyak untuk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak dan terawikh. Pejam celik dah malam terakhir Ramadan rupanya.

Malam esok boleh bermain bunga api lagi dan lebih meriah kerana sudah malam raya. Pelita minyak tanah esok lah beli kalau ada jumpa yang jual. Baru suasana lebih klasik dengan pelita minyak tanah bukan?

Galeri gambar:









4 comments:

  1. Wahh seronok beronok ronok ni..hati hati ye..tengok kawan kanan kiri..

    ReplyDelete
  2. Wah,cantik pic terakhir tu bila pakai slow shutter...jenuh gak nak pegang..tapi itu la, bagi kanak-kanak, part main bunga api la yang dorg tunggu-tunggu..kita yg dewasa just perlu monitor je..kalo x, ada la sel-sel otak yang akan terlebih berhubung nanti..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul tu @riza, kalau x pantau mmg lain jadinya
      tripod hilang tapak jd x byk gambar slow shutter dapat shoot :)

      Delete


EmoticonEmoticon