07 July 2015

Berbuka puasa di Nandos Festival City

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berbuka puasa di mana hari ini?
Pada tahun ini, kami agak kurang berbuka di luar berbanding sebelum ini. Biasanya jika di akhir-akhir Ramadan, banyak pula makanan luar menjadi keinginan untuk makan. Mungkin telah jemu berbuka di rumah?

Untuk tahun ini mungkin kerana Amani masih kecil jadi agak sukar untuk berbuka di luar. Berbuka di rumah lebih selesa apabila ada anak kecil. Betul tak?

Pada Ahad lepas, kami telah berbuka di Nandos Festival City. Kami ke Festival City untuk mencari baju raya dan kesempatan itu kami ambil untuk berbuka terus di sana. Tempahan telah dibuat ketika tiba di Festival City. Jika last minit pasti tidak berpeluang untuk makan di situ. Biasanya sebelum jam 5 sangat sesuai untuk membuat tempahan.

Menarik Nandos di Festival City ini ialah design restorannya. Ia sangat berbeza dengan Nandos di tempat lain dan kelihatan sangat unik. Menu mestilah sama dan rasa pun sama :)

Paling penting berbuka puasa bukan makanannya tetapi apabila dapat berbuka puasa bersama keluarga.

Selamat berbuka kepada semua rakan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadan tamat untuk tahun ini.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon