Amani dah pandai senyum
Selamat sejahtera kepada semua rakan

Amani kini telah hampir usia 4 bulan. Perkembangan terkini Amani ialah boleh senyum dan gelak apabila di agah oleh orang. Sebelum ini mungkin Amani belum mengerti apa yang orang semua agah.
Apabila kena dengan agah yang sesuai, memang senyum meleret Amani. Hendak kata gelak, belum keluar suara. Kira kategori senyum sahaja lah.
Selain senyum, Amani juga kuat berborak bahasa bayi. Kononnya berborak macam orang faham tetapi sebenarnya tidak faham. Dalam perkembangan bayi, ia merupakan perbuatan bayi meniru percakapan orang dewasa. Memang seronok berborak dengan Amani kerana kalau kena cara, bersambung-sambung Amani ikut. Tapi kalau Amani hendak borak masa jam 3.00 pagi, memang parah. Hahaha
Semoga Amani terus membesar dengan sihat. Amin

Eeee comelnya. Haha Mesti teruja kan. Heheheh ^^
ReplyDeletesangat teruja @kakak tiri cinderella
Deletesetiap perkembangan bayi amat mengujakan :)