09 June 2015

Ais krim kelapa SANGKAYA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ais krim kelapa SANGKAYA

Sudah mencuba ais krim kelapa?
Ais krim kelapa SANGKAYA semakin popular sekarang ini. Bukan sahaja keunikkan hidangan dalam tempurung kelapa tetapi rasanya yang menyelerakan.

Sop baru sahaja berpeluang merasai sendiri keenakan ais krim kelapa ini apabila ke Ampang Point. Sebelum ini hanya melihat rakan-rakan yang berkongsi Ais krim kelapa SANGKAYA ini.

Bagi yang belum cuba, kena rasa sendiri keenakan Ais krim kelapa SANGKAYA ini. Menarik rasa air kelapa dalam bentuk ais krim ini terutama ketika sekarang cuaca agak panas. Ia dihidang dalam tempurung kelapa bersama isi kelapa muda di bawahnya.

Ais krim kelapa SANGKAYA

Terdapat 3 jenis Ais krim kelapa SANGKAYA yang ditawarkan. Sop hanya mencuba jenis Signature dengan harga RM10.90 sebekas (4 skop ais krim). Setiap jenis pengguna boleh memilih 3 hiasan atas yang terdiri daripada jagung, kacang, bijirin dan lain-lain yang disediakan.

Oleh kerana ia menggunakan tempurung kelapa, pastikan anda sentiasa pegang ais krim tersebut sehingga abis :)

Ais krim kelapa SANGKAYA

Anak-anak Sop memang suka Ais krim kelapa SANGKAYA ini. Kanak-kanak mesti suka ais krim bukan? Huhuhuh

Bagi yang ingin mencuba, bolehlah ke Ampang Point dan kedai SangKaya ini terletak aras bawah (ground floor). Tempat lain akan dibuka ialah Wangsa Walk. Lain-lain lagi dekat mana ye?

Ais krim kelapa SANGKAYA

4 comments:

  1. menarik ni..belum pernah cuba lagi

    Jemput singgah http://www.maisarahsidi.com/2015/06/madeena-skincare-by-helenz-signature-hilangkan-jerawat.html

    :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya... jauh la pulak ampang point. dugaan dugaan :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon