14 May 2015

Aplikasi Bodyspace untuk panduan senaman

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Aplikasi Bodyspace untuk panduan senaman


Anda sedang bersenam atau ingin memulakan senaman?

Aplikasi Bodyspace sesuai kepada anda yang ingin bersenam untuk kuruskan badan atau membina otot badan. Aplikasi yang lengkap untuk anda sebagai rujukan, panduan atau rekod senaman anda.

Aplikasi Bodyspace merupakan aplikasi kepada mereka yang bersenam untuk membina otot badan atau untuk luruskan badan serta mengekalkan bentuk. Ia berfungsi memberi maklumat kepada pengguna untuk memilih jenis workout, merancang, merekod dan menilai hasil senaman yang telah dilakukan oleh pengguna untuk mendapat hasil yang terbaik.

Berikut merupakan perkara menarik dalam aplikasi Bodyspace :

Memilih sasaran bentuk badan
Terdapat beberapa pilihan bentuk badan yang dikehendaki daripada senaman yang dilakukan. Ia bukan sahaja untuk membina otot tetapi boleh untuk menguruskan badan dan mengekalkan bentuk badan. Pilihan jenis badan yang disasarkan ini akan menentukan jenis senaman yang sesuai untuk sasaran anda.

Aplikasi Bodyspace untuk panduan senaman


Merekod senaman anda
Dengan merekod jenis senaman yang dilakukan, pengguna boleh melihat statistik dan sejarah senaman yang dilakukan. Analisis boleh dilakukan dengan menilai tahap keberkesanan senaman yang telah dilakukan. Gambar perkembangan badan boleh dilakukan untuk melihat hasil yang telah diperolehi.

Memilih cadangan senaman
Dengan aplikasi Workspace, pengguna boleh jenis senaman yang sesuai dengan peralatan yang ada dan juga bentuk badan yang menjadi sasaran. Jadual senaman disediakan untuk kesesuaian pengguna. Selain itu aplikasi Workspace membuat peringatan sekiranya pengguna belum membuat sebarang senaman mengikut jadual.

Aplikasi Bodyspace untuk panduan senaman


Workspace Sosial
Pengguna boleh menambah rakan, menjadi pengikut dan diikuti oleh pengguna lain dalam aplikasi Workspace ini. Dengan mengikuti pengguna lain atau menjadi rakan, sebarang berita yang dikongsi akan terpapar pada aplikasi Workspace. Pengguna boleh saling melihat status mereka yang di dalam senarai dari kemaskini gambar, latihan yang dilakukan dan motivasi yang diberikan.

Terdapat banyak lagi ciri-ciri menarik yang terdapat dalam aplikasi Workspace ini. Jangan lupa untuk explore fungsi-fungsi yang telah disediakan.

Kepada yang berminat, aplikasi Workspace boleh dimuat turun secara percuma dalam Google Play telefon bimbit anda.

Aplikasi Bodyspace untuk panduan senaman





EmoticonEmoticon