17 March 2015

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Cuti sekolah sudah bermula. Apa aktiviti cuti sekolah anda?
Sop telah mulakan aktiviti cuti sekolah kali ini dengan jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang.

Kali pertama Sop singgah di Bukit Tinggi Pahang ini telah lama dahulu (masa bujang). Setelah berkeluarga, ini adalah kali pertama membawa anak-anak. Mungkin tiada yang dirasakan menarik untuk keluarga, itu yang tidak pernah rancang untuk ke sini.

Jalan-jalan ke Bukit Tinggi Pahang ini tanpa di rancang. Pagi Ahad selepas keluar bersarapan terus buat keputusan untuk jalan-jalan. Bukit Tinggi Pahang dari Kuala Lumpur tidak jauh iaitu hanya memakan masa 1 jam perjalanan sahaja.

Tiket masuk untuk setiap pengunjung ialah RM12 bagi dewasa dan kanak-kanak RM8. Bayaran ini termasuk untuk parking dan bas pengangkutan di atas sana.

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Kami mulanya ke Japanese Village yang terdapat di situ. Permandagan sangat cantik dengan suasana seperti di Jepun. Pakaian tradisional Jepun ada disediakan kepada pengunjung untuk bergambar. Rumah senibina Jepun memberikan pengalaman sebenar kepada pengunjung yang melawat Japanese Village tersebut. Oleh kerana pengunjung yang agak ramai dan ruang agak terhad menjadikan kawasan tersebut sesak. Hendak bergambar pun susah :)

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Selepas penat berjalan di Japanese Village, kami turun ke kawasan hotel yang menyerupai perkampungan orang Inggeris. Keadaan tidak berubah seperti Sop datang 10 tahun yang lepas. Kami sempat makan tengah hari situ dan berehat sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Cuaca tidak sejuk di Bukit Tinggi sekarang ini tetapi masih nyaman.

Galeri gambar:

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

Jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang

18 comments:

  1. memang cantik kawasan nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik untuk permandangan kan..
      thx diana

      Delete
  2. cuti2 malaysia ..untung ler cuti sek

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti2 sekolah mmg la sonok berjalan
      org ramai.. hahaha

      Delete
  3. masa plan nak ke Ipoh, ada juga terpikir nak singgah bukit tinggi tapi membe kata tak ada pape kat sana terus jalan2x kat ipoh.

    http://www.adarain.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tiada apa bg org muda
      org muda perlu ke tempat happening.. kan.. kan.. hahaha

      Delete
  4. kenapa bukit tinggi tak berapa sejuk sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca panas sekarang Atiqah
      suhu bumi meningkat sbb tu bukit tinggi panas.. hahaha

      Delete
  5. dah lama jugak x jejak ke bukit tggi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sekali sekala rehat kat bukit tinggi ni Aswadz :)

      Delete
  6. Memang seronok ke Bukit Tinggi ni. Beberapa tahun lepas Mek ila ada pergi bersama keluarga tetapi tidak bermalam. Paling tak lupa di tasik belakang hotel tu ada itik yang sempat bercium semasa kedatangan kami. Betul-betul membentuk lengkungan love seperti yang digambarkan dalam cerita hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, untung dapat lihat moment cantik itik tu :)

      Delete
  7. Tak penah pegi..tapi mcm best je..harge tiket pun murah sngt..hehe

    ReplyDelete
  8. klu naik bas dr kl naik kat mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak pasti pula jika menggunakan bas dari KL :)

      Delete
  9. klu naik bas dr kl naik kat mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tiada bas ke bukit tinggi tersebut dari KL

      Delete


EmoticonEmoticon