13 March 2015

Hari Pendidikan Khas SK Taman Maluri 2015

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berkumpul di Stesyen Petronas
Pada Rabu lepas, telah berlangsung Hari Pendidikan Khas di SK Taman Maluri. Pihak sekolah telah menjemput EduRiders@KL bersama dua kelab permotoran lain iaitu Viking dan Marl Coopers untuk meraikan murid Pendidikan Khas sekolah berkenaan. Seramai 30 bikers yang menyertai program ini.

Bikers mula berkumpul di Petronas TESCO Ampang bermula jam 7.30 pagi dan mula bergerak ke SK Taman Maluri pada jam 8.30 pagi. Pihak sekolah telah menyediakan sarapan kepada bikers dan taklimat ringkas diberikan semasa sarapan tersebut.

Program menunggang bersama murid bermula pada jam 9.00 pagi. Murid telah dibawa menaiki motosikal ke laluan yang disediakan. Jarak tidak jauh iaitu hanya sekitar sekolah sahaja. Namun ia cukup untuk memberi pengalaman murid untuk merasa menaiki motosikal berkuasa tinggi tersebut. 

Program telah berjalan lancar dan semua murid Pendidikan Khas diberi peluang untuk 
merasai pengalaman tersebut.

Pada jam 11.30 pagi, Majlis Penutup telah diadakan dengan dimulakan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan Guru Besar, ucapan wakil EduRiders@KL dan ucapan perasmian penutup oleh Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Galeri gambar:

Bergerak ke sekolah

Sesi bergambar ketika sampai

Pameran permotoran

Sesi menunggang bermula

Murid di bawa menaiki mtosikal
Laluan yang digunakan membawa murid

Pelbagai jenis motor yang ada

Sesi bergambar bersama guru dan bikers

Sesi bergambar murid


EmoticonEmoticon