19 January 2015

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash

Alcatel OneTouch merupakan jenama telefon yang tidak asing lagi di Malaysia. Terdapat pengguna yang telah sedia ada menggunakan telefon Alcatel OneTouch berpuas hati dengan prestasinya.
Sumber: (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_best-selling_mobile_phones#2013_2)

Jenama Alcatel OneTouch dari Perancis ini antara jenama 10 terbaik jumlah jualan telefon pintar pada tahun 2013 bersama-sama jenama popular lain seperti Samsung, Lenovo dan banyak lagi.

Jualan Alcatel OneTouch juga telah menembusi dengan luas pasaran Eropah dan Amerika Syarikat dengan menyediakan telefon bimbit yang tinggi kualitinya.

Alcatel OneTouch telah melancarkan kempen #BEaFlasher untuk pengguna menghayati budaya untuk mempamerkan personality melalui ‘selfie’.

#BEaFlasher dengan mempamerkan identity diri anda kepada semua.

Telefon Alcatel OneTouch Flash
Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash telah dilancarkan di Malaysia pada awal Disember 2014.

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash dikenali dengan telefon selfie ini sesuai kepada mereka yang gemar berselfie. Ia dilengkapi dengan kemera depan 5MP HD dan kamera belakang 13MP Full HD.

Kelebihan kamera depan dengan dilengkapi ‘mod peningkatan imej’ membolekan pengguna terus membuat pengubahsuaian gambar tanpa memerlukan aplikasi telefon lain.

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash juga mempunyai skrin HD dengan saiz 5.5 inci dan memiliki prosesor Octa-Core sebenar untuk memberi pengalaman bermain permainan serta menonton video dengan lancar.

Bateri telefon pintar Alcatel OneTouch Flash berkapasiti 3200mAh memberikan ketahanan hayat penggunaan sehingga lebih dari 1 hari. Pengguna tidak perlu bergantung kepada ‘power bank’ untuk menambah jangka hayat penggunaan telefon.

Telefon pintar Alcatel OneTouch Flash merupakan telefon berprestasi tinggi yang lebih baik dibandingkan dengan Xiaomi Redmi berdasarkan Antutu Benchmark https://scontent-a-ams.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/v/t1.0-9/p261x260/10599304_692690230838065_2846544563654127434_n.jpg?oh=d302247adbcbb2f3ad96ccd822d19dae&oe=54D16F1D

Ikuti video animasi berikut mengenai telefon pintar Alcatel OneTouch Flash:



Untuk maklumat lanjut berkaitan telefon pintar Alcatel OneTouch Flash , sila layari http://alcatelonetouchflash.com/my

Inilah masa untuk menunjukkan identiti anda dengan telefon pintar Alcatel OneTouch Flash dan kongsikan kepada semuan dengan memasukan hashtag #BEaFlasher

4 comments:


EmoticonEmoticon