11 January 2015

Mood berblog yang hilang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga permulaan tahun baru ini berjalan dengan baik dan mengujakan.

Perjalanan harian Sop untuk tahun 2015 seperti biasa ada yang mengujakan dan ada yang berkurangan. Banyak aktiviti famili yang berjaya dilaksanakan dan beberapa perancangan turut telah dibuat. Persiapan sekolah juga telah sedia sepenuhnya dan hanya menanti hari persekolahan sahaja :)

Namun bagi dunia blogging, permulaan Sop tahun ini agak perlahan dengan mood berblog yang agak hilang. Banyak perkara yang telah disimpan untuk menulis tetapi mood untuk menulis tiada! Bagaikan tiada motivasi untuk berblog.

Perkara yang sama pernah Sop lalui dalam dunia blogging yang mana mood tetiba hilang dan tiada motivasi untuk menulis :) Banyak faktor biasanya yang membawa kepada kehilangan mood blogging ini seperti masa, tugas, kesihatan dan sebagainya.

Ketika ini, Sop masih mencari motivasi untuk membantu mula berblog kembali. Teruja melihat kawan-kawan yang masih kekal aktif dan ada juga yang makin perlahan.

Bagi rakan blogger yang berjaya mendapat rezeki awal tahun, tahniah diucapkan. Sedikit sebanyak memberi motivasi kepada Sop untuk bermula kembali aktif :)

Anda masih aktif berblog?
Apa yang memberi motivasi kepada anda?

4 comments:

  1. Acapkali PC juga hilang fokus untuk berentry..bila singgah berblogwalking..semangat bercambah semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang baik tu
      terima kasih PC :)

      Delete
  2. cik nor pon sama..seminggu 1 entry jer..:)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon