18 January 2015

Biskut Samprit keluaran Opah Samprit

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Biskut samprit memang sinonim dengan kuih raya tetapi kini ia telah dikomersilkan menjadi biskut biasa. Kita tidak perlu lagi tunggu perayaan untuk menjamah biskut samprit ini.

Biskut samprit keluaran Opah Samprit ini agak menarik kerana berbentuk unik. Sop biasa jika dengar biksut samprit akan terbayang biskut raya kuning berbentuk bunga dengan ceri di atasnya. Namun biskut samprit Opah Samprit berbentuk bulat dan berwarna warni. Sangat menarik perhatian terutama kanak-kanak.

Auni pertama kali melihat biskut samprit tersebut terus hendak mendapatkannya. Mungkin Auni tertarik dengan warna-warna yang sangat terserlah itu.

Malah, Auni juga sangat suka dengan biskut samprit tersebut. Hampir kesemua biksut samprit tersebut di makan Auni. Tidak sia-sia kami membeli biskut tersebut.

Biskut samprit ini Sop beli ketika bersarapan di Restoran Nasi Kerabu Keramat yang terletak di Taman Sri Rampai dengan harga RM13.00 sebekas.

4 comments:


EmoticonEmoticon