18 November 2014

Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun SK Taman Seri Rampai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun SK Taman Seri Rampai

Pada Ahad lepas, telah berlangsung Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun di SK Taman Seri Rampai. Acara yang pertama kalinya diadakan di SK Taman Seri Rampai telah mendapat sambutan yang menggalakan oleh murid-murid tahap 1 SK Taman Seri Rampai. Ibubapa ramai yang hadir menyaksikan karnival tersebut.

Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun SK Taman Seri Rampai

Murid yang telah berdaftar dibahagikan kepada kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diagih sama rata untuk setiap darjah untuk memastikan semua kumpulan seimbang. Ibubapa yang hadir telah dilantik sebagai pengurus pasukan dan mengurus sepenuhnya pasukan dari segi susunan pemain serta kawalan pasukan.

Walaupun padang agak becak kerana hujan lebat pada malam tersebut, karnival masih berlangsung dengan lancar dan meriah. Murid-murid yang menyertai perlawanan tidak menghiraukan keadaan padang yang berlumpur tersebut.

Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun SK Taman Seri Rampai

Perlawanan telah diadakan secara liga. Semua kumpulan telah bermain sebanyak 4 perlawanan. Kumpulan Azwar telah mendapat tempat keempat dalam karnival tersebut. Juara bagi karnival ini ialah kumpulan Klinik Bola Sepak SK Taman Seri Rampai.

Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun SK Taman Seri Rampai

Salah satu tujuan karnival ini ialah mempromosikan klinik bola sepak yang diadakan di SK Taman Seri Rampai.

Tahniah kepada pihak SK Taman Seri Rampai yang berjaya menganjurkan Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun ini.

Karnival Bola Sepak Bawah 9 Tahun SK Taman Seri Rampai

Galeri gambar:

4 comments:

  1. Padang kurang selesa nampaknya tu.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro Hazmin
      kurang selesa tp berpeluang main lumpur :)

      Delete

EmoticonEmoticon