16 August 2014

Foto - Gambar Macro di rumah Opah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bunga kertas
Photografi macro merupakan teknik merakam gambar benda kecil seperti benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang bersaiz kecil. Photografi macro ini sangat menarik kerana kita boleh melihat objek kecil dengan jelas dan jarang boleh kita lihat dengan mata kasar.

Untuk photografi macro, jurugambar memerlukan peralatan khas pada kamera seperti lens, flash, tripod dan sebagainya. Bagi peminat photografi macro ini, peralatan-peralatan sesuai akan dimiliki untuk mendapat hasil yang terbaik.

Sop minat juga tetapi belum mampu untuk mendapatkan peralatan photografi macro. Untuk mencuba photografi macro ini, Sop hanya mendapatkan lens converter untuk membolehkan kamera merakam objek macro. Hasil tidak begitu memuaskan berbanding menggunakan lens macro yang sebenar. Namun begitu, terdapat jurugambar yang membuat ubahsuai yang sesuai untuk mendapatkan gambar macro yang hebat dengan kos yang rendah.

Ketika balik kampung beraya baru ini, Sop sempat merakam gambar macro di sekitar rumah Opah. Terdapat juga objek macro yang boleh dirakam apabila dicari-cari. Boleh juga cuba belajar-belajar untuk merakam. Buat masa ini, belum kesempatan untuk betul-betul fokus terhadap photografi macro ini.

Jom layan gambar yang berjaya di rakam:

Belalang hijau

Labah-labah pokok

Labah-labah dan makananya

Bunga kertas
  
Kerengga pada dawai penyidai baju

Serangga

Rama-rama paling sukar kerana ia tidak mesra manusia

Labah-labah tanah

6 comments:

  1. Macam melihat dengan mengunakan kanta. Terima seadanya limitasi lensa yang digunakan.

    ReplyDelete
  2. Ok dah ni. Cuma gambar bunga kurang memuaskan. Lagipun bukan peralatan yang sesuai untuk gambar macro kan. Kira ok la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari peralatan macro baru syok.. kan?
      thx bro Hazmin

      Delete


EmoticonEmoticon