Apa pelan talian terbaik untuk anda?
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Dewasa ini, telefon merupakan keperluan utama kepada pengguna. Sumber perhubungan utama masyarakat ini menjadikan semua pengguna memerlukan perkhidmatan telefon. Pengguna memerlukan talian yang terbaik dan sesuai mengikut penggunaan, bajet dan liputan.
Pembekal perkhidmatan talian
Tawaran oleh syarikat telekomunikasi sentiasa berubah mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Pengguna mendapat menikmati tawaran terbaik dengan wujudkan beberapa syarikat komunikasi yang bersaing untuk memberi perkhidmatan terbaik dan paling sesuai dengan kehendak pengguna.
Sekarang ini, syarikat telekomunikasi yang dikenali bukan sahaja berdasarkan pengiklanan tetapi dari cadangan rakan-rakan. Setiap pelan yang ditawarkan mempunyai kelebihan dan kesesuaian tertentu. Antara pembekal yang dikenali ketika ini iaitu Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile, TuneTalk dan lain-lain.
Talian mana yang paling baik?
Jawapan tersebut bergantung kepada individu berdasarkan keperluan, penggunaan dan liputan. Mungkin ada pengguna yang memerlukan perhidmatan yang menawarkan panggilan yang lebih murah, ada yang memerlukan data yang lebih besar da nada yang memerlukan liputan terluas. Setiap talian mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Perubahan pelan perkhidmatan
Jika dulu, pengguna lebih tertumpu kepada tawaran pakej SMS kerana ramai yang menggunakannya. Namun sekarang, penggunaan mesej internet lebih digunakan kerana lebih jimat dan interaktif. Mesej internet bukan sekadar mesej tetapi boleh menjadi forum yang menghubungkan lebih ramai pengguna, laman sosial, pencari teman dan sebagainya.
Telefon pintar menjadi penyumbang utama kepada perubahan keperluan perkhidmatan pengguna secara langsung. Telefon pintar mampu berfungsi sepenuhnya apabila digabungkan dengan data internet. Ia menjadikan laman social berkembang sepenuhnya kerana ia boleh diakses diimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Malah laman interaktif dan aplikasi juga memainkan peranan yang sama apabila mempunyai data internet.
Tawaran pakej oleh pembekal perkhidmatan talian
Berikut antara pelan yang ditawarkan kepada pengguna:
Pakej Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/promotion/one-plan?pid=1360826467841&gclid=Cj0KEQjwx4yfBRCt2rrAs-P5vtkBEiQAOdFXbbBLHnq3ZBCmuc-f3uniigPIx4V3yzn6tI1OJwUxPFAaAoYt8P8HAQ
Pakej Celcom kelihatan menarik dengan tawaran Data Inernet yang besar dengan harga terendah. Ia sesuai dengan golongan mempunyai akses yang tinggi kepada internet. Ketika ini, ramai pengguna yang memerlukan pelan data yang tinggi.
Pakej Digi: http://new.digi.com.my/Page/plan/default/postpaid_smartplan_overview
DiGi juga menyediakan tawaran yang baik dengan jumlah data yang tinggi. Bonus panggilan dan SMS boleh menjadi tarikan kepada pengguna banyak menggunakan data dan panggilan.
Pakej Maxis: https://new.maxis.com.my/en/personal/plans/postpaid-plans/maxisone.html
Maxis menyediakan perkhidmatan yang baik dari segi kelajuan internet terutama 4G LTE. Namun begitu, kadar pakej agak tinggi dan ia sesuai kepada pengguna yang mementingan perkhidmatan yang terbaik dan pantas.
Pakej Tune Talk: http://www.tunetalk.com/my/PlanRates/cunPlan
Pakej TuneTalk kelihatan amat murah. Namun begitu, pengguna masih kurang yakin kerana ia masih baru dan kawasan liputan adalah rendah.
Pilihan peribadi
Berdasarkan pandangan peribadi, factor utama pemilihan pakej talian adalah seperti berikut:
Kawasan liputan talian
Setiap pengguna memerlukan liputan terbaik untuk perkhidmatan yang digunakan. Di semenanjung kebanyakkan talian mendapat liputan kecuali perkhidmatan 3G atau 4G yang belum meliputi semua kawasan. Seperti semua maklum, 3G atau 4G diperlukan untuk mendapat akses internet yang terbaik.
Sop pernah menukar kepada beberapa talian kerana liputan 3G yang kurang baik walaupun di Kuala Lumpur. Sop telah berpindah beberapa kali dan tahap kelajuan adalah berbeza bagi setiap talian. Ada yang kurang baik di kawasan tersebut tetapi baik di tempat lain. Oleh itu, adalah penting untuk memilih talian yang terbaik di kawasan rumah. Akses internet atau panggilan banyak dilakukan di rumah berbanding pejabat.
Bagi yang sering keluar kawasan, liputan talian yang terluas pasti menjadi pilihan utama berbanding mereka banyak bekerja di dalam kawasan. Pasti mengecewakan apabila beradar di luar kawasan tetapi liputan adalah lemah.
Tawaran kadar terendah
Dalam keadaan ekonomi yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi, pengguna akan mendapatkan tawaran terendah dengan perkhidmatan yang maksimum. Bagi perkhidmatan yang sama rata, pengguna akan mendapatkan kadar tawaran yang terendah dan menjimatkan. Sop sendiri memilih pakej yang terendah dengan liputan yang baik sesuai dengan tahap penggunaan.
Promosi-promosi tawaran terhebat mampu menarik pengguna baru dan sedia ada bagi mendapatkan pakej talian yang terbaik. Pengguna yang mampu mengekalkan nombor sedia ada memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan tawaran terbaik. Perbandingan antara setiap pembekal talian adalah penting untuk mendapat tawaran istimewa.
Jenis penggunaan telefon
Setiap pengguna mempunyai corak penggunaan yang berbeza. Ada yang banyak menggunakan panggilan untuk berhubung. Manakala ada yang banyak memerlukan internet pada telefon. Agak jarang ketika ini pengguna memerlukan SMS yang banyak kerana tawaran mesej internet yang jauh lebih menjimatkan.
Bagi pengguna seperti Sop, tawaran jenis panggilan tidak begitu menarik perhatian kerana Sop banyak menggunakan internet untuk berhubung. Panggilan hanya digunakan untuk urusan-urusan tertentu sahaja. Begitu juga dengan penggunaan SMS yang juga berkurangan. Oleh itu, Sop akan memilih pakej yang banyak memberi tawaran kepada data internet.
Namun begitu, terdapat rakan yang memerlukan jumlah perkhidmatan yang tinggi dari segi panggilan dan internet. Bagi tahap penggunaan yang tinggi, tawaran yang termurah menjadi pilihan dengan tawaran yang terhebat.
Tawaran bonus dan ganjaran
Tawaran-tawaran oleh pembekal perkhidmatan ketika ini lebih kurang sama sahaja ketika ini. Persaingan yang sengit menjadiakan pekej setiap pembekal tidak jauh berbeza. Oleh itu, tawaran bonus atau ganjaran kepada pengguna memainkan peranan penting juga. Terdapat pembekal perkhidmatan yang memberikan telefon percuma kepada pengguna yang setiap. Ini menjadi tarikan kepada pengguna baru dan mengekalkan pengguna setia ada untuk terus setia dengan talian tersebut.
Selain itu, banyak perkhidmatan yang percuma lain yang diberikan untuk menarik perhatian pengguna dan ia mampu memberi tarikan secara langsung seperti tempoh panggilan dan SMS percuma. Walaupun tawaran bonus bukan perkara utama tetapi turut menjadi factor pemilihan ketika membuat perbandingan.
Rumusan
Setiap pengguna mempunyai corak pemilihan pakej yang berbeza sesuai dengan jenis penggunaan mereka. Namun begitu, perkara utama menjadi pilihan talian ialah liputan yang terluas dengan perkhidmatan yang terbaik. Faktor-faktor lain seperti tawaran harga pakej dan tawaran bonus menjadi factor sampingan untuk pemilihan pakej yang ditawarkan. Walaupun harga murah tetapi perkhidmatan mengecewakan pasti tidak menjadi pilihan pengguna.
Selain itu, pembekal talian seharusnya menyediakan lebih banyak pakej yang sesuai untuk semua golongan. Fokus utama jenis pakej perlu merangkumi aspek penggunakan, tawaran bonus atau ganjaran dan harga yang berpatutan.
as salam. sy guna maxis textmore 28. dlm sebln bil sekitar rm30 je. sy x langgan pakej data sbb di sek n rumah ada wifi..
ReplyDeleteuntung la ada wiffi @abah zuki :)
DeleteTepuk dada tanya selera kan. Masing2 mungkin ada tanggapan yang berbeza dengan telco pilihan mereka.
ReplyDeletebetul tu bro Hazmin
Deleteyg pasti masing2 hendak yang terbaik :)
skrg saya guna digi , 3gb pun macam tak cukup dgn video, drama sepanjang malam !
Deleteboleh cadangkan apa you guna tak.
saya pakai umobile 1GB sahaja :)
Deleteskrg kena ada min 3gb ler..tau ajer la main youtube x henti2...especially kat public bus
Deletedah byk telco ade plan 3gb, 4gb, 5gb... buktilah byk heavy user skrg ni :-)
Deletesy guna celcom 1 plan ade 5gb bayar rm88 sebulan je~~
org mcm saya yg suka call byk2, maxis one plan paling sesaui kot :-)
ReplyDeleteKalau macam aku lain pulak. Tak banyak call. Pakai data byk. 3gb sebulan mcm tu. So antara Celcom dengan Digi tapi Celcom coverage lagi cun. So skrg pakai Celcom
Deleteterima kasih atas perkongsian :)
Deletepelan yang sesuai untuk anda :)
berapa byk yg u call tiap2 bln?
DeleteSaya pakai umobile... murah skit... coverage kat KL ok je... kat kg... macam biskut... huhuhuhu
ReplyDeletesama la kiter :)
Delete