25 July 2014

Kad raya design sendiri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kad raya design sendiri

Sudah buat kad raya?
Bagi yang mempunyai kemahiran aplikasi gambar atau design, tiada masalah untuk membina kad raya sendiri. Kemudahan murah sekarang ini untuk membina kad raya yang ringkas dan menarik. Paling penting, kad raya dibuat sendiri lebih menarik dan hasil lebih berpuas hati.

Bagi yang ingin berjimat, design yang telah siap boleh dicetak sendiri. Jika ada bajet lebih, bolehlah hantar ke pusat pencetakan tetapi perlu dalam kuantiti yang lebih banyak.

Sop baru sahaja selesai design kad raya di hari-hari terakhir bekerja. Agak sukar untuk kumpulkan semua rakan sekerja satu sektor untuk bergambar bersama. Dengan tempoh yang terhad, dapat juga siapkan kad tersebut. Selesai sesi bergambar, proses editing terus dibuat menggunakan aplikasi Photoshop. Gambar dibuang latar belakang dan dimasukkan gambar masjid yang diambil dari carian Google. Masukkan teks dan akhirnya kad raya siap.

Kad raya design sendiri

Untuk mendapat hasil cetakkan kad menarik, kami telah menggunakan kertas glossy. Oleh kerana kos agak tinggi kertas glossy, kad raya berbentuk poskad telah dihasilkan. Sop telah menggunakan kertas glossy 126gsm untuk pastikan sedikit tebal dan sesuai untuk dijadikan kad.

Kad tersebut hanya diedarkan kepada mereka yang tertentu sahaja. Yang lain hanya dihantar berbentuk kad digital melalui emel dan WhatApps :)

Kad raya design sendiri

6 comments:

  1. Lebih menarik kalau dibuat sendiri kad raya tu. Selamat Hari Raya Aidilfiri. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih nilai nya kalau buat sendiri :)
      thx bro hazmin

      Delete
  2. Huhhh menarik habis ha..tahun depan saya nak try buat la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bro
      kalau ada ada printer print sendiri
      kalau hantar kedai byk2 lbih murah

      Delete
  3. cantik juga..kad glossy bro sop :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon