Bila Auni pandai pakai baju sendiri
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
![]() |
Mencuba pakaian Azwar |
Perkara ini dilalui oleh Auni sekarang yang baru pandai sedikit memakai baju sendiri. Ada sahaja peluang atau pakaian, Auni akan mencuba memakainya. Apa sahaja pakaian bukan sahaja pakaian sendiri akan dicuba termasuk baju abang-abangnya malah baju Sop sendiri.
Sebagai ibubapa, pencapaian ini dilihat memberasangkan kerana anak telah berjaya mempelajari perkara yang baru. Lepas ini juga, boleh bagi Auni pakai baju sendiri bukan? Malah Auni sendiri menolak untuk dipakaikan pakaian kerana ingin pakai sendiri.
Oleh kerana telah pandai memakai pakaian sendiri jugalah, Auni seronok menukar-tukar pakaian. Malah sehingga 5 jenis pakaian akan dicubai Auni. Lebih teruk apabila habis pakaian bersepah!
Teruskan usaha Auni untuk belajar pakai pakaian sendiri. Senang papa dan mama lepas ini :)
![]() |
Muncong nyer |
![]() |
Gembira apabila berjaya pakai sendiri |
![]() |
Boleh pakai baju lain pula lepas ini :) |
comel..:)
ReplyDeleteterima kasih cik nor :)
Deletenakal ye auni ni :>)
ReplyDeletehahaha
Deletememey xdok diam :)
terima kasih @Hazmin :)
ReplyDeleteHahahahahaha....macam-macam hal lah auni ni...sedikit sebanyak, ini yang memberikan kita kebahagiaan...
ReplyDeleteuntung skrg boleh rakam kenangan anak2 masa kecik :)
Deleteterima kasih bro hafizul