20 July 2014

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Berbuka puasa di mana hari ini?
Akhir-akhir puasa ini, ramai yang suka berbuka di luar berbanding di rumah. Mungkin mencari menu pelbagai pula. Ada yang teringin Western Food, Mamak Food, Thai Food atau lain-lain hidangan.

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Baru-baru ini, kami telah berbuka di Braverline, Festival City. Tidak rancang untuk berbuka di situ tetapi sekadar ingin mencuba. Kelihatan kedai agak menarik dengan tawaran menu Promosi Ramadhan yang agak murah. Menu promosi kami pilih ialah Ramadhan Special 4Pax uang terdiri daripada berikut:

  • Chicken Chop with spaghetti - 2 set
  • Chicken Chop with rice - 2 set
  • Cucur ikan
  • Desert
  • Minuman 

Setelah membuat booking, kami sempat meronda-ronda sekitar Festival City.

Hiasanya Restoran Braverline sangat menarik dan unik dengan ciri tersendiri. WiFi juga disedikan dan kelajuan internet sangat bagus.

Namun, secara keseluruhan, Sop agak kurang berpuas hati dengan Restoran Braverline, Festival City ini. Bukan niat hendak menjatuhkan tetapi sekadar pandangan peribadi.

Pertamanya makanan agak kurang memuaskan bagi menu yang kami pilih. Kuah Chicken Cop rasa sendikit hangus dan kurang kena dengan tekak Sop. Cucur ikan atau cekodok juga tidak menarik. Untuk desert pula, hanya hidangan jelly segera biasa.

Minuman pula terpapar banner free flow. Apabila bayar, rupanya free flow @RM1.00. Cam mana free flow kalau kena bayar RM1? Kurang faham dengan istilah sebegini. Boleh ke? Hahaha

Servis juga agak lemah yang mana hanya 2 pelayan yang bertugas. Pelanggan hari biasa mungkin tidak ramai tiada masalah untuk beri perkhidmatan tetapi jika bulan puasa, semua tertumpu pada waktu yang sama. Ketika itu, kelihatan berlari-lari pelayan hendak melayan permintaan pelanggan dan menghantar makanan. Sedangkan telah masuk waktu berbuka dan pelanggan ada yang memerlukan pelbagai keperluan seperti sudu, sos dan sebagainya.

Semoga komen dan cadangan ini diambil perhatian oleh pengusaha Restoran Braverline untuk meningkatkan kualitinya.

Galeri gambar:

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

Berbuka di Restoran Braverline, Festival City

10 comments:

  1. thun ni rasanya baru 2 kali berbuka di luar. beberapa kali berbuka di dalam train, selebihnya di rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam train blom pernah lagi rasa :) hehehe
      terima kasih bro Zuan atas perkongsian

      Delete
  2. Nampak menarik dah sedap jer... last week aku ada gi festival city mall gak... tp tak jadi berbuka kat situ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. restoran aagak byk juga di sini
      mungkin xda yg berkenan tu.. hehehe
      thx bro @Eshamz

      Delete
  3. wah..sop lg sakan berbuka di luar =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. xda la suki
      sekali sekala jer.. akhir2 poser ni kan.. hehehe :)

      Delete
  4. Macam mana freeflow tapi kena bayar pulak. Hehe. Dah menipu pelanggan namanya.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon