13 July 2014

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di mana hari ini?
Jika tidak tahu hendak berbuka di mana hari ini, boleh lah berbuka di Bufet Istimewa IKEA atau Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Semalam kami telah berbuka di Bufet Istimewa IKEA. Tertarik pula dengan promosi Bufet Istimewa IKEA untuk ahli IKEA FAMILY. Pada masa yang sama kami bercadang untuk membeli langsir bilik anak-anak. Ukuran langsir IKEA sangat sesuai dengan bilik anak jadi kami tidak perlu ubah atau potong lagi.

Oleh kerana Bufet Istimewa IKEA tidak menerima tempahan, kami ke IKEA lebih awal untuk membuat bayaran di kaunter restoran IKEA. Jika lambat, kemungkinan tidak akan berkesempatan kerana ruang dan tempat adalah terhad.

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA
Stiker tanda pelanggan Bufet Istimewa IKEA
Harga Bufet Istimewa IKEA adalah seperti berikut:

Umum:
Dewasa - RM39.90
Kanak-kanak (4-12 tahun) - RM19.90/seorang

Ahli IKEA FAMILY
Dewasa - RM29.90
Tetamu kanak-kanak (maks. 2 kanak-kanak 4-12 tahun) RM15/seorang

Ahli småles
Ahli småles & 1 tetamu (4-12 tahun) - RM15
Tetamu tambahan småles (4-12 tahun) - RM15

Harga Ahli FAMILY IKEA hanya untuk 1 kad seorang. Macam Sop hanya buat satu kad FAMILY IKEA (kenapa perlu banyak kad untuk 1 keluarga kan?) sahaja bermakna perlu bayar harga biasa untuk seorang. Anak-anak boleh dapat harga promosi ahli FAMILY IKEA untuk 2 orang namun Azfar serta Azwar memang ahli smales. Jika belum menjadi ahli, pelanggan boleh mendapatkan kad keahlian sementera dengan mendaftar pada komputer yang disediakan sekitar IKEA. Kad sementara boleh digunakan untuk promosi Bufet Istimewa IKEA ini.

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Menu yang disediakan juga menarik dengan pilihan yang menyelerakan seperti bebola daging, ayam panggang, sambal udang, kambing, nasi, kek, kuih muih, ABC dan minuman. Walaupun jumlah menu tidak mewah tetapi memang berpuas hati dengan juadah yang disediakan.

Oleh kerana Restoran IKEA sedang dinaiktaraf, ruang Bufet Istimewa IKEA agak terhad. Bermula jam 6.00 petang, semua ruang Restoran IKEA digunakan sepenuhnya untuk bufet sahaja.

Pada jam 7.00 petang, semua pelanggan Bufet Istimewa IKEA boleh mengambil makanan. Ketika itu, masing-masing berpusu mengambil makanan. Pergerakan barisan agak lambat kerana ruang yang terhad dan masing-masing mengambil makanan sepenuh hati :( Masing-masing rasa hendak makan sepenuh hati ketika lapar tetapi sebaliknya apabila telah berbuka. Diharap pelanggan yang berbuka di Bufet Istimewa IKEA dapat mengambil makanan berdasarkan kemampuan :)

Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai Bufet Istimewa IKEA, sila rujuk http://www.ikea.com/ms/ms_MY/the_ikea_story/the_ikea_store/ikea_special_buffet.html

Galeri gambar:

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA
Stall ABC

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA
Stall kambing

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA
Kuih dan kek

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA
Beratur panjang untuk mengambil makanan

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA

Berbuka di Bufet Istimewa IKEA



13 comments:

  1. wahhhhh
    sedapnya meatball IKEA
    haihhh lapaq

    ReplyDelete
  2. bestnyer ! lama tak makan meatball ikea..alahai..sedapnya !

    ReplyDelete
  3. pandang ikea, teringat meatball yang bulat bulat... aduii.. rinduuu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu yg plg meletup kan?
      gi ikea xmkn meatball mmg rugi :)

      Delete
  4. wow mcm best je..nak pegi mcm dah tak sempat je..huhu

    ReplyDelete
  5. Dah lama x pekena meatball ngan chicken wings ikea ni.... ni yg rasa nak ke sana jer minggu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berbaloi kalau ahli ikea family ambil buffet berbuka ni :)

      Delete
  6. Macam menarik buffet ikea sekarang ni daripada sebelum ni. Dulu tak banyak macam ni.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon