Restoran Top Steak House Setapak Jaya
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Anda peminat makanan barat?
Jika ya, Restoran Top Steak House harus anda cuba kerana makanan di sini memang sedap. Bagi yang tidak minat pun boleh juga cuba mana tahu boleh bertukar menjadi minat dengan makanan barat pula?
Baru-baru ini Sop berkesempatan singgah menjamu selera Restoran Top Steak House yang terletak di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. Design restoran yang menarik seolah-olah memanggil kami untuk mencuba. Siapa kata design restoran tidak penting untuk menarik pelanggan? Hahaha
Secara keseluruhan, Sop sangat berpuas hari dengan menu yang kami pesan di Restoran Top Steak House. Rasa makanan memang sedap dan Sop dapat rasakan tukang masak di Restoran Top Steak House ini memang mahir. Tidak rugi kami mencuba di sini dan dicadangkan kepada rakan-rakan yang ingin makan menu makanan barat.
Harga makanan di sini lebih kurang dengan restoran makanan barat lain. Namun begitu, ruang di Restoran Top Steak House sangat selesa dan parking sangat mudah. Ini kerana kawasan ini masih baru dibuka dan belum sesak dengan kenderaan.
Keadaan sekitar restoran juga selesa dan bersih. Perkhidmatan juga adalah memuaskan.
Bagi yang ingin mencuba makanan barat, bolehlah singgah di Restoran Top Steak House. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi.
Peta:
Galeri gambar:
mcm best je (h)
ReplyDeletebest suki.. kena try :)
DeleteCam best jer... boleh try nanti ni.. TQ for sharing bro... :D
ReplyDeletekena try bro @Eshamz :)
Delete