11 June 2014

Mood berblog yang hilang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mood berblog yang hilang

Pernah dapat virus malas berblog?
Sebelum ini, Sop pernah kena tetapi tidak lama. Ketika itu agak baru dalam dunia berblog dan masih kurang fokus. Selepas itu, Sop jarang kena virus malas ini.

Virus malas berblog baru-baru ini menyerang memberi kesan yang agak besar. Pada awalnya bermula dengan malas update entry seminggu beberapa kali tetapi kini telah 2 minggu masin belum membuat entry. Walaupun ada bahan untuk membuat entry tetapi mood untuk menulis masih tiada. Buka komputer hanya tengok blog dan tidak menulis.

Apa punca virus malas berblog?
Punca virus ini biasanya banyak tetapi bergantung kepada individu. Sop mungkin berpunca dari hilang mood untuk menulis sehingga malas hendak membuka laptop. Pendorong kepada semangat berblog pun kurang seperti sertai event, job menulis, Nuffnang pun kurang dan lain-lain sedikit sebanyak memberi kesan.

Matlamat untuk menghasilkan entry setiap musnah apabila terkena virus malas ini.

Mungkin ini masa untuk berehat?
Peluang ini sebenarnya boleh digunakan sebagai waktu rehat kepada blogger. Tukar dari perkara negatif kepada menjadi positif. Telah lama Sop bercuti berblog dan kini perlu habiskan cuti tersebut untuk bermula kembali. 2 minggu untuk berehat sudah cukup rasanya :)

Motivasi berblog
Untuk kembali berblog selepas terkena virus malas memang sukar. Ramai blogger yang telah hilang setelah terkena virus malas kerana tiada motivasi untuk kembali bangkit. Untuk itu, Sop telah cipta beberapa matlamat untuk memastikan kembali bermotivasi berblog. Motivasi utama yang sangat berkesan ialah 'duit blog' Hahaha :) Selepas ini juga, Sop akan cuba kembali aktif sertai event blogging kerana apabila kita selalu bersama rakan blogger, semangat berblog akan semakin tinggi. Betul kan?

Doakan agar Sop kembali sembuh dari virus malas berblog yer.

Apa tindakan rakan-rakan untuk mengatasi masalah virus malas berblog?
Ce citer..

6 comments:

  1. Saya pernah sampai hilang berbulan sebelum timbul balik dengan blog ni.. tapi posts yang lama saya import ke http://stanzaku.blogspot.com kesemuanya. Cuma blog kali ni saya nekad nak post dalam English. So, kalau tengok salah grammar ke, sila tegur ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih khamsi
      Lg hebat blog english tu :)

      Delete
  2. Huhuhu aku selalu je dapat virus ni bro.... Dulu ada skit masalah yg menggangu. Tapi alhamdulillah semua dah selesai, dah mula ber blogging balik....
    Kalau ada event yg best2 jangan lupa ajak skali bro....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu bersemangat kembali bro
      kalau ada event best akan roger.. lama xaktif join event nih.. hehhee
      thx bro :)

      Delete
  3. Replies
    1. mungkin la... tp virus dah kena sejak blom cuti sekolah,,
      masa tu slow2 kena.. :)
      thx @Suki

      Delete


EmoticonEmoticon