23 June 2014

Memboling bersama keluarga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Memboling bersama keluarga
Bersedia untuk bermain
Boling antara sukan yang digemari ramai namun begitu kos agak tinggi untuk bermain boling ini. Azfar dan Azwar sangat suka permainan boling tetapi kami sukar juga hendak membawa selalu bermain. Bukan sahaja masalah kos tetapi Azfar dan Azwar masih belum kuat sepenuhnya untuk membuat balingan tepat.

Untuk mendapatkan kos boling rendah, kita perlu tahu promosi-promosi yang ditawarkan oleh pusat boling. Antara promosi yang ditawarkan seperti harga pelajar dan tawaran early bird. Kebanyakkan pusat boling membuat promosi seperti ini tetapi dalam waktu-waktu tertentu seperti hari bekerja biasa dan awal pagi. Sekiranya kita tahu promosi ini, bolehlah penjimatan dilakukan untuk bermain boling ini.

Selain kos, ketika ini Azfar dan Azwar masih lemah dalam membuat balingan. Rasanya perlu banyak latihan yang diperlukan untuk memastikan mereka mahir. Agak sukar juga hendak mengajar mereka membaling dengan tepat kerana masalah kekuatan mengangkat bola walaupun mengguna saiz paling kecil.

Walaupun begitu, keseronokkan bermain masih kelihatan apabila berjaya menjatuhkan beberapa pin. Kadang-kadang Azfar agak emosi juga apabila sering masuk ke longkang :)

Anda berminat bermain boling?

Galeri gambar:

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga
Auni pun hendak main sama tetapi masih kecil lagi :)

Memboling bersama keluarga
Gaya Azwar yang semakin bergaya.. hahaha

Memboling bersama keluarga
Azfar telah mampu membuat balingan satu tangan

Memboling bersama keluarga

Memboling bersama keluarga
Azqwar dengan aksinya

6 comments:

  1. bakal2 pelapis bowling malaysia ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tinggi sgt harapan tu @suki :)

      Delete
  2. Bowling ni riadah yang sangat santai bersama family... Bagus Sop.. Teruskan utk kearah keluarga bahagia.. Amin

    ReplyDelete
  3. Bagus2... berlatih daripada kecil... :D

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon