23 May 2014

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Anda peminat mi tarik?
Baru-baru ini, terdapat restoran mi tarik turut di buka di Danau Kota yang berhampiran dengan rumah Sop. Sebelum ini, Sop pernah makan sekali mi tarik tetapi restoran lain yang terletak di Sungai Besi.

Apabila sebut tentang mi tarik, ia akan berkaitan dengan makanan Cina Muslim. Akhir-akhir ini, restoran mi tarik mula mendapat sambutan dan banyak restoran mi tarik makanan Muslim Cina mula wujud.

Ini adalah pertama kali kami singgah di Restoran Mi Tarik Sulaman untuk mencuba mi tarik mereka. Terdapat beberapa jenis masakan mi tarik ini. Oleh kerana tidak tahu mana yang sedap, kami memilih menu yang menjadi perhatian. Jika kami ke restoran yang belum pernah singgah, kami akan membuat pesanan minimum sahaja kerana takut tidak sedap dan kuantiti yang dibekalkan. Jika tidak habis nanti membazir pula.

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman menyediakan ruang makan yang selesa kepada pengunjung kerana penghawa dingin disediakan. Bagi yang ingin menikmati ruang tanpa penghawa dingin, boleh berada di meja luar restoran. Oleh kerana Restoran Mi Tarik Sulaman baru dibuka, semua kelihatan menarik dan bersih.

Di depan restoran merupakan tempat membuat mi tarik. Pengunjung boleh melihat terus pembuat mi tarik menyediakan mi tarik tersebut.

Kami berpuas hati dengan mi tarik di Restoran Mi Tarik Sulaman ini. Rasa sangat sedap dan mi juga sangat lembut. Manakala bagi nasi, kami kurang berminat. Sebelum ini jika makan nasi di restoran Cina Muslim pasti agak kurang gemar :)

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Namun yang paling penting ialah Sop suka teh herba di restoran Cina Muslim.

Harga setiap makanan lebih kurang harga restoran Cina Muslim lain. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu tinggi. Harga menu untuk mi, Sop lihat dalam lingkungan RM 7 - RM12 mengikut jenis. Walaupun agak tinggi harganya tetapi jumlah hidangan agak banyak. Memang keyang betul :) Untuk kos menu makan dan minuman kami pesan ialah RM26.00. Kira OK la kan?

Kepada yang ingin mencuba makanan di Restoran Mi Tarik Sulaman, bolehlah singgah di Danau Kota. Ia terletak di kawasan kedai belakang Colombia Hospital sama kawasan dengan RSMY Naan Cheese, SAS Corner, NZ Curry House.

Galeri gambar:
Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

Restoran Mi Tarik Sulaman Danau Kota

10 comments:

  1. mana gambar si penulisnya bro!..tapi memang best juga layan mi tarik..pertama kali juga dengar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukang tulis jd tukang ambil gambar
      memey xda dlm gambar :)
      txh @Hanafi

      Delete
  2. kenapa dipanggil mi tarik agaknya..tapi gambar teh herba tu nampak menyelerakan..agak murahlah..rm26 untuk semua tu kan..

    Tahukah anda kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mi tersebut dibuat secara manual iatu tarik2 sahaja :)

      Delete
  3. kalau makanan sedap harga selalu tak jadi masalahkan :)

    ReplyDelete
  4. Rasanya pernah jugak makan restoran mi tarik ni tapi x sure cawangan sama ker tak?... aku gi kat sg besi...tp sama cam ni jugak cina muslim pastu dier siap tarik mii lagi kat dalam kedai tuu... tapi mi nya mmg sedap.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sungai besi mi tarik asli
      sop pun pernah gi
      skrg br buka cawangan kat danau kota mi tarik asli tp blom sempat singgah :)
      thx @Eshamz

      Delete
  5. Ohh ni mesti area ruamh kak sweet kurma ni..hehe..kalau ke sini nanti leh try..macam sedap aje..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon