Melawat Taman Burung Kuala Lumpur
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah ke Taman Burung Kuala Lumpur?
Ini adalah pertama kali kami ke Taman Burung Kuala Lumpur. Agak lama rancang hendak pergi tetapi tiada kesempatan. Melihat rakan-rakan ke Taman Burung Kuala Lumpur, agak menarik juga untuk aktiviti keluarga untuk menikmati keindahan flora dan fauna.
Aktiviti di Taman Burung
Aktiviti melawat sambil melihat pelbagai jenis burung merupakan pengalaman yang menarik. Bagi kanak-kanak, banyak yang boleh belajar dari lawatan ini. Anak-anak Sop juga teruja dengan melihat pelbagai jenis burung yang terdapat di sini. Terdapat juga sesi persembahan kemahiran burung yang telah dilatih. Aksi yang menarik dan mencuit hati semua penonton yang hadir. Pusat-pusat maklumat turut disediakan kepada pengunjung.
Pengunjung Taman Burung Kuala Lumpur juga boleh memberi makan kepada burung. Terdapat makan yang dijual untuk diberikan kepada burung-burung. Malah terdapat bahagian pengunjung boleh bergambar dengan burung yang akan diletak pada badan pengunjung.
Suasana Taman Burung
Sop suka suasana di Taman Burung Kuala Lumpur yang nyaman. Sepanjang taman dikelilingi tumbuh-tumbuhan. Walaupun cuaca panas terik, masih terasa suasana nyaman tersebut. Kami berpeluh-peluh sepanjang lawatan tetapi masih rasa cukup selesa.
Namun digalakkan pengunjung membawa minuman atau dapatkan minuman di gerai kerana pengujung akan berpeluh apabila banyak berjalan. Semua golongan sesuai untuk melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini.
Fotografi burung
Bagi peminat fotografi, Taman Burung Kuala Lumpur sangat sesuai untuk membidik gambar burung yang pelbagai jenis dan warna. Hasil sangat memuaskan kerana terdapat banyak burung yang jinak dan boleh dibidik dengan mudah. Berbeza dengan kehidupan liar, pasti agak sukar untuk merakam gambar burung yang liar.
Kemudahan yang disediakan
Kemudahan asas disediakan seperti tandas, pusat maklumat dan gerai makanan serta minuman. Harga minuman agak tinggi berbanding harga biasa. Contoh air tin berharga RM4 per tin. Bagi yang ingin mendapat barangan cederamata Taman Burung Kuala Lumpur, Souvenir Shop ada menjual pelbagai jenis barangan untuk di bawa pulang.
Bayaran
Bayaran masuk Taman Burung Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
Dewasa (biasa) - RM48.00
Kanak-kanak (biasa) - RM38.00
Dewasa (MyKad) - RM25.00
Kanak-kanak (MyKid) - RM12.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma.
Waktu lawatan Taman Burung Kuala Lumpur adalah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Bagi maklumat lanjut Taman Burung Kuala Lumpur ini, sila layari http://www.klbirdpark.com/
Galeri gambar:
Wah penting bawa MyKad.
ReplyDeleteHarga nya beza banyak
kena bawa sis
Deletejimat :)
lama xtgk auni..:)
ReplyDeleteterima kasih cik nor :)
Deletewow bestnyer.. syafi baru g last week tp ikut rombongan sekolah.. mama tak ikut huhuu.. bila tgk gambo rasa rugi plak tak gi
ReplyDeleterugi mama...
Deletenanti g sendiri2 dgn famili lak :)
cantiknya gambar, mesti kamera riban2 ni...
ReplyDeletecamera murah je linda :)
DeleteMenarik bro.... walaupun aku membesar kat Kg Kerinchi tapi tak pernah masuk taman burung...biasa gi makan nasi lemak ngan ikan bakar tanling jer...ekekekeke... taman rama-rama ada ler masuk sekali... gambar pun best2 bro.... :D
ReplyDeleteboleh lah nanti kalau lapang singgah
Deleteteruja nak gi sbb ramai geng photog yg layan gambar burung situ, hehehe
wah! menarik! seronok! burung burung pun banyak, cantik pula tu. pandai abang sop ambil angle. hehe
ReplyDeleteterima kasih cik lisa
Deletemasih belajar2 nih :)
Hehe..jinak sangat dah burung ni yer..kalau bawak balik kan best...terbaiklah sop..musim cuti ni memang seronok jalan-jalan..hehe
ReplyDeleteprogram cuti sekolah katakan..
Deletekalau anak xberjalan mesti bosan :)
thx Hafizul
tempat yg sgt sesuai utk membidik :)
ReplyDeleteterima kasih bro Hazmin
Macam best je. Tak pernah lagi pergi taman burung :)
ReplyDeletebest juga
Deleteada masa gi la yer @Nadratul :)