Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 2 Auni
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Happy Birthday Auni!
Hari ini umur Auni telah genap 2 tahun. Semakin besar anak papa dalam tidak sedar. Setiap hari seperti baru sahaja menyambut kehadiran Auni dalam keluarga ini.
Untuk umur 2 tahun ini, banyak perkembangan yang Auni telah lalui seperti boleh berlari dengan laju (walaupun selalu juga jatuh), boleh bercakap dengan lebih banyak perkataan, sudah pandai merajuk, pandai bermain 'oosom' dan lain-lain lagi.
Sekarang ini, jika hendak pakai baju mesti hendak yang cantik-cantik. Semakin pandai bergaya nampaknya Auni. Malah jika boleh hendak pilih baju sendiri. Jika tidak berkenan di hati pasti tidak mahu memakainya. Anak perempuan nampak sangat berbeza dengan anak lelaki. Jika Azfar dan Azwar mungkin tidak kesah sangat walaupun ingin bergaya :)
Auni juga semakin pandai bergambar :) Jika keluarkan kamera pasti ada sahaja 'pose' menarik yang akan diberikan. Nampaknya akan sentiasa menjadi model papa yer :)
Selamat Hari Lahir Auni dan semoga akan terus membesar sebagai anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin
Gaya Auni dengan topi:
Happy birthday auni
ReplyDeleteterima kasih Uncle @Mawardi :)
DeleteHappy birthday Auni..suka tengok gelagat budak comel ni kat Instagram Bro Sop..
ReplyDeleteterima kasih @Nor Ariffin Hamzah :)
DeleteHappy Birthday Auni..semoga jadi anak yang solehah..auni comell sangat!!
ReplyDeleteterima kasih @Sura :)
Deletehappy birthday auni :)
ReplyDeleteterima kasih @justablogofmine :)
DeleteHappy birthdayyyy ;D
ReplyDeleteterima kasih @Sally Yatiey :)
Deletehepi besday Auni... moga beso menjadi anak yang solehah!
ReplyDeleteterima kasih @D_08 :)
Deleteselamat hari lahir juga buat Auni..comel nyer dier... ^_^
ReplyDeleteterima kasih Cik Yaya :)
DeleteSELAMAT HARI LAHIR AUNI...BINTANG SAMA DENGAN UNCLE AN....
ReplyDeleteterima kasih uncle An :)
DeleteAssalammualikum..sop,
ReplyDeleteHappy Birthday Auni! . comel auni...
mselim3
Waalaikumussalam
Deleteterima kasih MSelim3 :)