27 April 2014

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

RSMY Best Cheese Naan tidak asing lagi keenakannya. Sop sendiri sering ke Restoran RSMY Best Cheese Naan Medan Tuanku untuk menikmati Naan Cheese yang meleleh tersebut. Malah, setiap kali ke RSMY Best Cheese Naan tersebut pasti sukar untuk mendapat tempat duduk kerana pelanggan berpusu-pusu datang.

Berita gembira buat peminat RSMY Best Cheese Naan kerana kini ia dibuka di Danau Kota. Sop baru sahaja singgah tadi. Oleh kerana dekat dengan rumah, Sop hanya tapau untuk makan di rumah. Ia terletak di belakang Hospital Colombia dan bersebelahan dengan Restoran NZ Curry House.

Selepas ini, tidak perlu ke pusat bandar untuk menikmati keenakan naan cheese. Walaupun begitu, kawasan Danau Kota kawasan Restoran RSMY Best Cheese Naan dibuka pun sesak juga. Masalah di sini ialah terlalu banyak restoran dan parking pun terhad. Selepas Restoran RSMY Best Cheese Naan Danau Kota di buka, pasti akan bertambah sesak di kawasan ini. Sop bertuah kerana dekat dan boleh datang dengan motor sahaja :)

Kepada yang belum pernah lagi cuba Naan Cheese terbaik ini, bolehlah ke RSMY Best Cheese Naan Danau Kota. Walaupun harga mahal sedikit (RM6) tetapi rasa memang berbaloi-baloi.

Peta:


Galeri gambar:
RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

10 comments:

  1. mesti sedapsangat ni..sebab nye dah 3 - 4 orang citer pasei tempat ni... tapi awok takberkesempatan lagi ke sana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap bg peminat cheese :)
      kalau kesempatan mesti cuba yer bro @D_08

      Delete
  2. Salam bro, aku ngan wife mmg selalu gi yang kat KL nyer tuu... dulu2 mmg sedap ngan puas ati tapi skrg ni cheese naan dah makin kecik..tak mcm dulu..besar jer.. pastu kima ngan dal dah tak sesedap cam dulu.... dulu uncle yang rambut warna perang tu buat sedap tp dier dah balik india.. nanti leh cuba yg kat danau nyer lak... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan @Eshamz
      dulu agak besar ttp skrg dah mengecil
      sbb brg dah mahal kot?

      Delete
  3. a'aa kwsn columbia hosp tu crowded sikit..ada ler lepak mamak area situ 2-3 kali

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum SOP.
    terima kasih byk2. buat entry yang menarik ni. terima kasih atas sokongan.

    waktu operasi: 11 pagi - 1 pagi. naan mula pkl 12 tgh. setiap hari. kecuali jumaat - 3 ptg - 2 pagi.

    tqsm en sop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Datin kerana singgah ke blog Sop :)

      Delete


EmoticonEmoticon