Jom bermain badminton di Tasik Titiwangsa
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Suka bermain badminton?
Apabila melihat anak-anak bermain badminton, teringat zaman Sop kecil dulu bermain badminton. Ketika itu, keluarga Sidek tengah popular dan menjadi permain nombor 1 dunia. Ketika itu, ramai yang mula bermain badminton di kampung-kampung termasuk keluarga kami.
Kami bermain di belakang rumah dengan court tanah dan net badminton menggunakan pukat. Ketika itu, kami menggunakan raket frame kayu. Raket frame aluminium seperti sekarang sangat mahal ketika itu. Walaupun kami bermain dalam kekurangan kelengkapan, tetapi ia sungguh menyeronokkan kerana boleh bermain bersama keluarga.
Sekarang ini, anak-anak Sop pula berminat untuk bermain badminton. Walaupun bermain tanpa court badminton tetapi ia boleh dijadikan aktiviti riadah yang menyeronokkan. Azfar dan Azwar masih baru belajar bermain badminton. Sekarang ini, bolehlah Azfar dan Azwar membuat pukulan. Tidak banyak pukulan yang tersasar berbanding awal-awal bermain dulu.
Sekarang ini, Auni pula yang berminat untuk bermain badminton. Dapat sahaja reket badminton, Auni terus tidak mahu lepas dan cuba untuk bermain. Layan sahajalah :)
Galeri gambar:
sonok tengok anak2 mike dapat main badminton....... ate mike takkan tengok je kot sop???
ReplyDeletekome tengok aje
Deletejaga Auni pun dah berpeluh2,., hehehe
alolooo.. comelnyaa auni main badmintonn..<3
ReplyDeleteecah zaman kecik2 suka main, bila dah besar gajah ni.. jejak padang pun malas.
terima kasih Ecah
Deletebiasala kan.. makin besar mkin malas nak bersukan.. hehhee
kena asah bakat ni..mana tau boleh jadi pelapis pemain negara
ReplyDeleteInsyallah sis Fuza
Deletekena selalu latih nampaknya... hehehe
pengganti LCW ni.. hihi
ReplyDeletefuh.. lambat lg boleh ganti.. hehhee
DeleteDah lama x main badminton selepas bahu injured dulu....terus stop main badminton...ni ler game feveret aku time sekolah dulu... si kecik tu bakal pengganti LCW tuuu... kasi asah bakat...ekekekeke... :D
ReplyDeletemesti rindu nak main badminton kan?
Deleteterima kasih bro @Eshamz
Badminton is a game of speed rather than power. Powerful badminton shots such as the badminton jump smash comes from the speed of the player's swing and wrist action. website
ReplyDelete