06 April 2014

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Aktiviti jalan-jalan ke Osaka telah masuk hari yang ke 5. Perancangan untuk hari ini ialah melawat sekitar Osaka. Banyak tempat menarik di sekitar Pusat Bandar Osaka ini dan untuk 1 hari memang tidak cukup untuk melawat.

Tempat pertama kami singgah pada hari ini ialah Istana Osaka. Seperti biasa, perjalanan ke Istana Osaka ini menggunakan kereta api. Tiba di kawasan Istana Osaka, kelihatan banyak bunga Sakura yang telah kembang. Teruja dengan keindahan bunga Sakura mengakibatkan kami lama lepak di sini. Kelihatan ramai penduduk Osaka mula berkelah dan menikmati keindahan bunga Sakura di situ.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Permandangan di sini sangat menarik. Perjalanan untuk ke Istana Osaka agak jauh dan kami hanya sampai setengah jalan sahaja. Cukuplah melihat Istana Osaka dari jauh sahaja :)

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Seterusnya kami ke Tennoji Zoo pula. Tidak banyak beza dengan haiwan di negara kita cuma ada beberapa jenis haiwan yang berbeza. Pusing-pusing sekitar Zoo, akhirnya hari telah petang.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6


Sebelah malam, kami sempat menaiki HEP FIVE iaitu ferris wheel yang terletak di atas bangunan pusat membeli belah tersebut. Ia terletak tidak jauh dari stesyen kereta api Osaka. Dengan menariki ferris wheel ini, kami boleh melihat permandangan malam seluruh bandar Osaka.

Hanya TIGA tempat sahaja yang dapat kami singgah untuk hari ini. Terdapat banyak tempat hendak lawati sebenarnya tetapi masa tidak mengizinkan.

Galeri gambar:

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 6

Untuk gambar penuh untuk sepanjang jalan-jalan di Osaka, sila lawat album Facebook.

1 comment:

  1. Sop! Mehh bawak Nad jenjalan Osaka pulak! Cantik ah view T_T Nak pergiii

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon