Selamat sejahtera kepada semua rakan.
|
Gaya Auni di hari ke 5 |
Aktiviti jalan-jalan ke Osaka telah masuk hari yang ke 5 iaitu meronda-ronda ke Daerah Kobe, Nara dan Dotonbori. Ketiga-tiga tempat tersebut memiliki ciri-ciri yang berbeza dan mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri.
|
Berada di Kobe |
Berbekalkan maklumat yang dikumpul dari internet, kami memulakan perjalanan pada pagi tersebut ke Kobe dahulu. Seperti biasa, perjalanan akan menggunakan kereta api dan akan berhenti stesyen yang berhampiran. Dari stesyen kereta api, kami berjalan agak jauh juga untuk sampai ke Kobe ini. Kobe merupakan kawasan pelancongan di tepi laut. Terdapat beberapa tarikan di Kobe ini malangnya kami hanya sempat singgah dan menikmati permandangan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai Kobe, sila rujuk
di sini.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Nara pula. Dari Kobe, kami perlu kembali ke stesyen kereta api Osaka dan menukar kereta api menuju ke Nara. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dari stesyen Osaka. Dari stesyen Nara, kami dimaklumkan untuk mengambil bas untuk ke Nara Park. Oleh kerana lama menunggu bas dan hari semakin petang akhirnya kami menggunaka teksi.
|
Diserang rusa untuk dapat makannya di Nara Park |
Nara terkenal dengan taman rusa yang mana banyak rusa jinak terdapat di situ. Selain taman, terdapat banyak juga rumah ibadat (temple) terdapat di Nara ini. Walaupun terdapat banyak taman di Nara, kami sempat singgah ke Nara Park sahaja kerana kami tiba telah agak petang. Tunjuan utama kami ke Nara Park ialah untuk melihat rusa dan aktiviti memberi makan rusa.
Tiba di Nara Park, agak terkejut juga kerana terdapat banyak rusa bebas di situ. Sampai sahaja kami terus membeli makanan rusa yang dijual. Makanan tersebut seperti biskut dengan harga Yen 150 sepeket. Baru sahaja kami beli makan sekeping kepada rusa tiba-tiba rusa-rusa tersebut telah menyerbu kami. Bukan seekor tetapi berekor-ekor datang. Rupanya apabila rusa-rusa tersebut bau makanan tersebut terus akan diserbunya. Bukan sahaja makanan yang digigit tetapi kami sendiri digigitnya.
|
Rusa sangat mesra denga manusia di sini. Jika ada makanan lagi 'mesra' |
Pengalaman yang menarik bersama rusa-rusa ini. Sebelum ini hendak lihat rusa pun susah tetapi di sini rusa sangat jinak dan telah sebati dengan manusia. Cuma kawasan di sini agak berbau rusa dan najisnya. Pihak Nara Park terus membersihkan najis rusa jika ia membuangnya.
Dari Nara Park, kami berjalan kaki ke stesyen kereta api Nara. Perjalanan lebih kurang 25 sahaja. Oleh kerana suasana dingin dan permandangan menarik, tidak terasa jauh berjalan tersebut. Untuk maklumat lanut mengenai tempat menarik di Nara, sila rujuk
di sini.
|
Pengunjung yang ramai di Minami (Namba) |
Dari Nara kami singgah pula di Minami (Namba) yang popular dengan tempat makan makanan laut. Kami bercadang untuk cari restoran halal di sini untuk makan malam. Setelah tiba di Namba, hasrat tersebut dibatalkan kerana terlalu banyak restoran dan orang di situ. Kawasan Minami (Namba) ini cukup meriah dengan suasana dan bangunannya. Malam tersebut merupakan hujung minggu dan bertambah lagi pengunjung hadir di situ. Sila rujuk
di sini untuk maklumat tempat menarik di Minami (Namba).
Setelah berehat dan menikmati keindahan sekeliling, kami seterusnya kembali ke penginapan kami. Untuk hari ini, dapatlah kami melawat 3 kawasan/daerah di Osaka walaupun sekadar singgah dan lihat sahaja.
Galeri gambar:
|
Chinatown di Kobe |
|
Abis gigitnya |
|
Comel tak saya? |
|
Auni tengok sahaja, nak pegang takut |
wahhhhhh, dah ke jepun dah sop....comelnya auniiiii!!! pandai bergambar ;)
ReplyDeleteTerima kasih fiqah :)
DeleteMenarik dapat lihat tempat orang. Banyak perkara & pengalaman yang boleh dipelajari. :)
ReplyDeletebetul tu @Encik Anif
Deleteboleh lihat tempat org dan buat perbezaan dgn tempat sendiri :)
cantik bando deme ye.... teringin nak pegi..... Insyallah akan sampei.. tapi bukan sekaghang leee....
ReplyDeleteboleh melawat bro D_08
Deletemmg menarik :)
cantiknya pemndangan osaka..
ReplyDeletecantik
Deletesama cam Negara kita gak byk tempat menarik :)
bestnya osaka.. saya pernah ke tokyo and shibuya.. tempat tokyo drift kan and hachiko.. huhu best best.. http://iluvtour.com
ReplyDeletewah lagi hebat.. Tokyo blom mampu nak gi.. hehehe
Deleteterima kasih iLoveTour
Bestnya.....menarik bro...gambar2 pon lawa2 belaka..... ni yg teringin nak gi obersea ni...ekekekeke...
ReplyDeleteterima kasih bro @Eshamz
Delete