![]() |
Pintu masuk USJ |
Untuk ke Universal Studio Japan tidak sukar menggunakan kereta api kerana stesyen kereta api ada di situ. Kami tiba agak awal juga di Universal Studio Japan tetapi nampaknya telah ramai pengunjung telah tiba. Beratur agak panjang untuk membeli tiket masuk ke Universal Studio Japan tetapi tidak lama.
Masuk ke Universal Studio Japan tidak terlalu ketat seperti taman tema lain. Tiada pemeriksaan bekalan makanan yang dibawa masuk. Jika tidak agak sukar juga untuk kami makan makan di dalam Universal Studio Japan tersebut. Setakat ini, tiada maklumat tentang restoran halal di dalam Universal Studio Japan tersebut :)
![]() |
3 jam beratur untuk bermain Spiderman ni! |
Semasa menonton tayangan 4D, kami beratur lebih kurang 45 minit. Kelihatan permulaan yang baik tetapi apabila beratur untuk permainan seterusnya ia memakan masa 2 jam. Untuk permainan ketiga kami beratur hampir 3 jam untuk permainan yang hanya 2 minit. Bayangkan beratur untuk 2-3 jam untuk satu permainan, berapa panjang. Sistem beratur sangat bagus di Universal Studio Japan kerana susunan akan melingkar-lingkar dan akan ditambah mengikut keperluan. Dari luar pusat permainan memang tidak nampak panjang! Rasa lenguh kaki tidak terkira dan sampai terlelap-lelap ketika beratur untuk sampai ke giliran. Cuma cuaca yang sejuk menjadikan kita selesa ketika beratur.
Untuk permainan kanak-kanak juga sama. Auni ingin bermain Merry Go Round tetapi status beratur kelihatan 30 minit juga! Memang tidak boleh bermain nampaknya! Akhirnya kami pusing-pusing melihat keadaan sekitar sahaja.
Bagi mereka yang betul-betul hendak bermain di Universal Studio Japan, harus beli tiket express. Walaupun sanggup beratur panjang Sop percaya pasti tdak dapat untuk bermain semuanya kerana kehabisan masa.
Kami berada di Universal Studio Japan dari pagi hingga petang dan kemudian terus balik ke penginapan kami. Tidak sanggup lagi untuk berjalan ke tempat lain setelah kepenatan lama beratur untuk bermain 3 permainan tersebut :(
Galeri gambar:
8 comments
Write commentsa.sop..nak ole2 dari jepun..haha
Replydasat le mike sop... sume gambo mike berbokeh2 ...... untong le dpt lens 50mm.......
Replyseronok nyer jalan2 kat jepun...winter yer?...tak singgah beijing?
Replyxbeli ole2.. mahal :) hehehe
Replymusim spring Bunda :)
Replybajet utk osaka je bunda,, tokyo pun xsempat nak gi :)
terima kasih D_08
Replyguna 50mm sepenuhnya :)
Assalammualaikum...sop,
Replyseronok mselim3 tengok gambar bro nie... cantik bandar osaka nie... best sesangat. Insaallah ader rezeki gi, cuma tak tahu bila..
mselim3
insyallah ada rezeki tu
Replyterima kasih bro Selim :)
EmoticonEmoticon