Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sudah baca entry
Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 1 dan
Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2?
Untuk entry Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3, aktiviti kami tertumpu pada hari kedua kami berada di Osaka, Jepun. Aktiviti bermula sebelah pagi selepas kami bersarapan di tempat penginapan kami. Menu sarapan ialah makanan yang kami bawa dari Malaysia :)
Sejak malam tadi, hujan telah mula turun. Cuaca sejuk dengan hujan bertambahlah sejuk. Nasib baik selimut yang diberikan adalah tebal. Pada paginya hujan masih tidak berhenti dan kami telah mengubah sedikit perancangan yang sepatunya hendak ke Universal Studio Japan. Mesti banyak permainan akan tutup bila hujan bukan? Oleh itu, kami merancang lawatan pada hari tersebut ke Kyoto.
 |
Di hadapan Kyoto Information Centre |
Jarak dari Guesthouse kami ke stesyen kereta api tidak jauh dan hanya berjalan selamat 5 minit. Dari stesyen kereta api tersebut, kami menuju ke Kyoto dan perjalanan agak lama juga. Tiba di Stesyen Kyoto, kami singgah di Tourist Information Centre untuk mendapatkan peta dan maklumat berkaitan dengan Kyoto. Dari situ, kami menuju ke Arashiyama dan Sagano dengan menggunakan bas. Kami telah mengambil tiket bas harian untuk kegunaan hari tersebut. Dari stesyen bas tersebut, perjalanan agak lama juga untuk sampai ke Arashiyama dan Sagano kerana bas akan berhenti di setiap stesyen untuk menurunkan penumpang dan mengambil penumpang.
 |
Berada di Arashiyama |
Tiba di
Arashiyama dan Sagano, hujan masih turun dengan renyai-renyai. Agak kecewa juga kerana kebanyakkan bunga Sakura belum lagi kembang. Hanya sedikit sahaja yang telah kembang. Sedangkan Arashiyama dan Sagano terkenal dengan permandangan bunga Sakura yang indah. Namun begitu, permandangan di situ amat menarik.
 |
Berada di Bamboo Groves |
Kami terus berjalan kaki menuju ke Bamboo Groves melalui kawasan jualan barang pelancongan. Kedai-kedai menarik untuk disinggah tetapi cuaca hujan membantutkan mood untuk melihat-lihat :) Kami melalui Bamboo Groves sambil bergambar-gambar dan meneruskan perjalanan ke stesyen
Sagano Romantic Train. Kereta api tersebut akan membawa penumpang melalui kawasan tepi bukit dan sungai. Permandangan sangat menarik untuk cuci-cuci mata.
 |
Stesyen Sagano Romantic Train |
Kami seterusnya ke Higashiyama iaitu kawasan bangunan lama di Kyoto. Melalui kawasan tersebut, kita boleh rasakan suasana Kyoto lama-lama dulu. Banyak juga kedai-kedai yang menjual barangan pelancongan di sepanjang jalan.
 |
Berada di Higashiyarama |
Di Kyoto atau Osaka, banyak tempat yang menjadi tumpuan pelancongan ialah rumah ibadat (temple). Kawasan-kawasan temple ini yang mempunyai tarikan pelancongan dari segi bangunan dan kawasan sekitar. Oleh kerana kami tidak berminat, tiada satu pun rumah ibadat yang kami lawati :)
Ikuti aktiviti hari ketiga di Osaka dalam entry Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4.
Galeri gambar:
Untuk gambar penuh, sila rujuk Album FB (Day 2
Part 1|
Part 2|
Part 3
Kirim ole-oleh boleh bro?
ReplyDeletexsempat nak shopping bro.. huhuhu
Deletemesti tengah musim sejuk kat sana kan..... sonok dapat jalan tempat oghang ni...
ReplyDeletesekarang masih sejuk
Deletekira sejuk ngam2 jer.. mmg sesuai utk berjalan2 :)
wah wah..best. Ada soping Kimono tak Sop?
ReplyDeletexsempat shopping pun sis fuza :)
Delete