Azwar demam
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Kanak-kanak demam adalah perkara biasa yang dilalui sekarang ini. Amat jarang boleh lihat kanak-kanak susah demam. Kena hujan sikit dah demam, kena panas pun demam, perubahan cuaca pun demam :(
Berbeza dengan dulu-dulu yang mana kanak-kanak cukup lasak dan antibodi cukup kuat. Kanak-kanak sekarang bukan tidak kuat tetapi persekitaran yang kurang sihat. Air hujan di bandar bukan boleh buat mandi sekarang ini. Ia penuh dengan bahan yang tidak elok. Sop sendiri boleh deman jika terkena air hujan.
Anak-anak juga tiada ruang untuk beriadah dan bersenam sepenuhnya. Jika hari persekolahan, aktiviti penuh hingga ke malam. Pagi sekolah agama manakala petang sekolah kebangsaan dan malam siapkan kerja sekolah.
Makanan pula sekarang ini boleh dikatakan banyak yang tidak menyihatkan. Bukan sahaja makanan ringan atau segera tetapi makanan asas juga dipenuhi dengan racun dan benda asing. Setuju?
Oleh itu, adalah menjadi perkara biasa jika 3 atau 4 bulan anak-anak akan demam. Ada yang lebih kerap pun ada :(
Sebagai ibubapa mestilah risau jika anak-anak demam. Sedih bila anak-anak yang cergas tiba-tiba tidak larat dan tidur sahaja. Azwar jika sihat mana boleh duduk diam. Ketika demam inilah boleh lihat dia duduk diam :)
Doakan agar Azwar cepat sembuh yer. Terima kasih
Posted via Blogaway
EmoticonEmoticon