19 April 2014

Azwar telah keluar wad

Azwar di wad

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selepas 3 hari berada di wad Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, akhirnya Azwar dibenarkan pulang.

Kisahnya seperti entry sebelum ini, Azwar telah demam pada hari Isnin. Selepas 3 hari, Azwar masih belum sembuh walaupun telah ke klinik pada hari kedua. Selepas 3 hari masih demam, kami terus membawa ke Gleneagles Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Risau juga apabila demam melebihi 3 hari. Maklum sahaja penyakit pelbagai sekarang ini. Selepas pemeriksaan, doktor cadangkan masuk wad untuk dimasukkan air dan menunggu ujian darah. Badan Azwar agak kering kerana kurang makan dan minum. Ini kerana sebelum ini, Azwar akan muntah apabila makan dan minum.

Alhamdulillah, keputusan ujian darah Azwar semua negetif. Pentanda yang baik yang mana Azwar hanya demam virus sahaja. Oleh kerana muntah-muntah, doktor berpendapat Azwar keracunan makanan sehingga membawa demam. Azwar diminta berada di wad untuk pemantauan.

Petang semalam, doktor telah memberikan kebenaran Azwar balik ke rumah.

4 comments:

  1. Alhamdulillah..... takde apa2..... riso jugak sekaghang ni sakit macam2 ... sekaghang ni... sakit sikit terus bawka pegi klinik..... dah tak macma dulu.... anak2 awok pun tengah demam sekaghang ni,.... mintak2 demam biasa je le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, anak2 skrg terdedah kpd byk penyakit
      antibodi kurang je mudah kena
      terima kasih @D_08 :)

      Delete
  2. Alhamdulillah.... sekadar demam biasa jer... mmg skrg ni musim org demam rasanya.... skrg ni demam tak leh nak dibiarkan lama2 takut ada sakit lain lak nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Eshamz
      mmg xberani kalau demam lebih dr 3 hari
      sentiasa berwaspada :)

      Delete


EmoticonEmoticon