06 March 2014

Terkena virus shortcut pada laptop

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Fail shortcut mula muncul
Pernah terkena dengan virus shortcut?
Baru-baru ini, komputer adik ipar telah dijangkiti dengan virus shortcut ini. Beberapa antivirus digunakan untuk membuangnya tetapi malangnya tidak berjaya kerana selepas cuci akan kembali muncul.

Untuk makluman, virus ini hanya menyerang pendrive atau memory card yang mana akan menyorok fail asal (hidden) dan wujudkan fail shortcut. Virus ini mudah berjangkit. Apabila pendrive digunakan terus sahaja akan berjangkit dengan komputer lain walaupun mempunyai antivirus yang dikemaskini.

Ini terjadi apabila Sop gunakan pendrive tersebut pada laptop sendiri dan virus mula menyerang. Virus telah dikesan dan apabila dibersihkan ia masih akan muncul kembali. Paling mudah ialah format pendrive berkenaan tetapi jika komputer telah dijangkiti, pendrive yang disambungkan akan terus mendapat virus shortcut berkenaan. Oleh itu, pastikan komputer dibersihkan terlebih dahulu dan seterusnya pada pendrive.

Setelah membuat carian daripada beberapa sumber, akhirnya Sop berjumpa dengan software yang betul-betul buang virus shortcut ini.


Software yang digunakan ialah SVRTool.exe yang boleh dimuat turun secara percuma. Setelah download, sila buka perisian tersebut. Sila pilih folder pendrive melalui butang browse untuk extract fail tersebut dan tekan isntall. 

Kemudian, sila ke pendrive dan run perisian tersebut melalui Shortcut Virus Remover dan ikut arahan seterusnya. 



Pen drive Sop telah berjaya dibuang virus shortcut tersebut dan fail asal telah muncul kembali.

Allow jika disekat oleh Antivirus sedia ada

6 comments:

  1. Saya dah kena tahun lepas, kena kat achik print taman melawati... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai cikgu2 yg kena :)
      terima kasih @Linda

      Delete
  2. lahhh.. terkena pula virus ni... parah juga..

    ReplyDelete
  3. Pernah kena juga k dulu.. sakit hati dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tambah kerja bila kena virus ni :)
      terima kasih bro Mus

      Delete


EmoticonEmoticon