07 March 2014

Rezeki blog untuk tabung percutian

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rezeki untuk melancong

Pendapatan online merupakan sumber sampingan dari blog. Walaupun tidak banyak tetapi apabila diterima agak bermakna. Lagipun, penjanaan pendapatan blog Sop tidak selaju rakan-rakan blogger yang lebih aktif dan berfokus.

Kali terakhir permohonan cashout Nuffnang dan ChurpChurp adalah tahun lepas. Pada asalnya ingin sahaja simpan sehingga jumlah yang dikehendaki tetapi akhirnya membuat pengeluaran juga untuk dimasukkan ke tabung pelancongan keluarga.

Pendapatan daripada Nuffnang nampaknya semakin perlahanan ketika ini. Untuk melihat jumlah pendapatan meningkat agak sukar. CPUV juga tidak lagi melekat pada blog. Mungkin kerana Sop tidak lagi sertai event Nuffnang?

Biasanya setelah mendapat cek begini, semangat berblog akan naik lebih tinggi. Bagi yang mula rasa hilang fokus dengan blog, bolehlah buat cashout dari mana-mana sumber pendapatan yang ada (jika ada). Maknanya jika ada hasil pendapatan blog seperti Nuffnang, sila simpan untuk cashout dikala mood berblog lari ke laut.. Hehehe

Sekarang ini kelihatan ramai blogger yang mula beralih arah dan cuba sumber baru.
Adakah perlu Sop mencuba juga?
Anda pula bagaimana?

15 comments:

  1. wah..byk jgk tu
    lama xlyn nuffnang

    ReplyDelete
  2. tahniah ...... banyak betoi.....awok baru dua kali cashout nuffnang.... tapi tak sebanyak mike sop....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro D_08
      sikit2 lama2 jadi bukit kan? hehhee :)

      Delete
  3. Tahniah bro.. hasil daripada titik peluh berblogging tu. (h)

    ReplyDelete
  4. churp ada sertai tapi maish blur... bab cpuv syukur..


    alhamdulillah bro kata orang bahagia bila hasil usaha sabar tuai nampak hasilnya

    ReplyDelete
  5. Tahniah bro...rezeki tuuuu...dapat jugak hasilnya daripada blogging.... salam perkenalan bro... :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah! bro. Ya, ia mendatangkan semangat.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon