05 March 2014

Pertama kali ada duit dalam PayPal

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pertama kali ada duit dalam PayPal

Anda mempunyai akaun PayPal?
Sop memiliki akaun PayPal telah lama dulu-dulu tetapi malangnya tidak pernah menggunakannya kerana belum ada pernah duit di dalamnya. Dulu masa register, kononnya untuk projek duit online tetapi nampaknya tidak berhasil. Bukan mudah jika tidak kena gaya dan ilmu selengkapnya :)

Setelah sekian lama akaun PayPal berabuk akhirnya baru-baru ini sedikit nilai telah berada di dalam akaun tersebut. Teruja juga apabila pertama kali ada duit didalam akaun walaupun tidak banyak. Maklum sahaja apabila pertama kali berlaku pasti akan menjadi sejarah bukan? Jika kali kedua atau seterusnya pasti tidak lagi dikesah sangat :) Bayaran melalui PayPal ini diterima melalui projek pengiklanan blog sebelum ini.

Apa akan dibuat dengan nilai tersebut?
Jika dulu-dulu, untuk mengeluarkan nilai di PayPal cukup sukar kerana tidak support dengan bank di negara ini tetapi sekarang tidak lagi. Tadi ketika kemaskini akaun, rupanya hampir semua bank telah boleh dihubungkan dengan akaun PayPal. Nampak sangat ketinggalan maklumat tentang PayPal :) Buat masa ini, belum lagi pasti apa tindakan selanjutnya dengan nilai yang ada sekarang. Adakah berbaloi untuk membuat pengeluaran? Atau guna untuk membeli barang?

Anda ada pengalaman dengan menggunalan PayPal?
Ce kongsi... Hehehehe

20 comments:

  1. salam. dah lama ada akaun paypal tp duit dlm tu x sampai pun usd2. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Abe Kie atas perkongsian

      Delete
  2. Kalau convert dengan RM mu nak RM100 lebih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah lebih kurang kot.. hehhee
      thx @Bahrain

      Delete
  3. terbaiklah...tahniah sebab berjaya mendapat duit..usaha lagi

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...sop,

    wahhh.. paypal nie bagus utk pembelian online .. dulu memang susah nak cashout.. kena caj bank tempatan.. dan akaun paypal pun kena caj.

    mselim3

    pls: dah tak aktif dengan paypal.. google adsense pengiklanan yg bayar guna USD.. masuk dalam akaun paypal... best RM x 4....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MSelim
      terima kasih atas perkongsian

      Delete
  5. blom pernah lagi withdraw. ade akaun, tapi tu la die. telou ayam je dalam tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita dah lama bertelur dalam akaun tu :)
      terima kasih Incik Zarif

      Delete
  6. ada banyak kali penah guna masa jadi Ebayer dulu.....paling banyak pun penah ada dalam USD500 je...hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. dasyat tu USD500
      kaya2. hehehe
      terima kasih bro reezluv atas perkongsian

      Delete
  7. Biasa guna paypal ni bila nak shopping kat ebay je... hehehehehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah, banyak tu...saya tak pernah buat duit online lagi...masih mencuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Wafi
      Usaha tangga kejayaan :)

      Delete


EmoticonEmoticon