Penyengat dan memori
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah disengat penyengat?
Sop pernah dulu masa kecil-kecil zaman selalu memancing di sungai. Ketika itu, Sop perlu melalui semak-semak tepi sungai untuk mencari port memancing yang baik. Biasanya sarang penyengat ini sukar untuk dilihat kerana saiz yang kecil dan tersorok di tepi dahan.
Sop pernah dulu masa kecil-kecil zaman selalu memancing di sungai. Ketika itu, Sop perlu melalui semak-semak tepi sungai untuk mencari port memancing yang baik. Biasanya sarang penyengat ini sukar untuk dilihat kerana saiz yang kecil dan tersorok di tepi dahan.
Biasanya akan disengat penyengat ini apabila kita mengganggu sarangnya tanpa sengaja. Rasa sakit juga apabila disengat penyengat ini tetapi tidak terlalu berbisa berbanding disengat terbuan atau lebah. Kesan bengkak kecil akan kelihatan selepas terkena sengat penyengat ini.
Apabila kena, sarang labah-labah akan dicari untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Dipercayai juga, sarang labah-labah tersebut dapat menarik bisa sengatan penyengat.
Agak lama Sop tidak melihat sarang penyengat ini. Tadi ketika terjumpa sarang penyengat ini, terus teringat zaman-zaman kecil dulu seperti dinyatakan di atas. Ia mengamit memori dan kenangan indahnya zaman kecil di kampung :)
Anda masih teringat zaman-zaman kecil anda?
Tak pernah kena sengat ni. fuh! mesti sakit ni.
ReplyDeletesakit bro Bahrain :)
Deleteklau org kelantan panggil peringat..hihik
ReplyDeleteooo peringat ek?
Deletedekat2 jer nama tu :)
Ooo sarang labah-labah ada kegunaan gak ekk..terima kasih Sop..saya tak tahu pulak sebelum ni..hehe
ReplyDeletekalau luka pun boleh guna sarang labah2 utk cepat hentikan darah :)
DeleteTgl bagi tau sy sy na beli ubat Sapu untuk perrikat ta gigit kita Jual dekat mana sy orng cennor
ReplyDeleteboleh ke farmasi
Delete