21 March 2014

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pada 13 Mac 2014 yang lepas, Vakum Ergorapido generasi ketiga telah dilancarkan dengan ciri-ciri yang telah dinaiktaraf dari model sebelum ini. Pengguna kini boleh mendapatkan vakum ergorapido di pasaran yang berhampiran seperti Harley Norman atau wakil penjual Electrolux.

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux
Vakum Ergorapido Electrolux

Sop telah berpeluang untuk menggunakan vakum Ergorapido di rumah. Kami sungguh teruja untuk menggunakan vakum Ergorapido Electrolux ini untuk kerja-kerja membersih rumah. Berikut adalah ciri-ciri yang sangat Sop gemari dengan Vakum Ergorapido Electrolux:

Bebas wayar
Vakum Ergorapido Electrolux ini merupakan vakum bebas wayar. Ciri utama yang menarik perhatian kami untuk menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux ini. Sebelum ini, kami sering mengalami masalah untuk mendapatkan sumber elektrik kerana plug yang terhad di rumah. Wayar elektrik vakum yang pendek juga memerlukan kami perlu mencari sumber elektrik yang berbeza untuk membersih ruang yang baru.

Dengan Vakum Ergorapido Electrolux, kami sungguh bebas untuk membersih keseluruhan rumah. Tiada lagi masalah cari plug, wayar tersangkut, ubah sana sini dan lain-lain lagi. Ciri yang sangat sesuai bagi rumah yang luas dan lebar.

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux
Fungsi 2 dalam 1

2 dalam 1
Vakum Ergorapido Electrolux boleh digunakan untuk semua permukaan dari lantai hingga ke atas meja kerana badan vakum tersebut boleh tanggal untuk menjadi vakum kecil. Ciri 2 dalam 1 ini membolehkan Vakum Ergorapido Electrolux sangat pelbagai guna. Malah ia boleh digunakan untuk membersih di dalam kereta.


Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux
Berus beroda di bawah muncung

Pembersih berus beroda
Kebanyakkan vakum pembersih hanya mempunyai fungsi penyedut sahaja. Berbeza dengan Vakum Ergorapido Electrolux yang mempunyai berus beroda yang berfungsi untuk menyapu dan menanggalkan kotoran yang sukar disedut. Ciri ini membolehkan permbersihan dapat dilakukan dengan cepat dan lancar terutama pada permaidani yang berbulu tebal. Prestasi permbersihan dengan Vakum Ergorapido Electrolux ini amat memuaskan. Hanya dengan sekali laluan, Vakum Ergorapido Electrolux dapat membersih keseluruhan.

Muncung bebas bergerak
Muncung di hadapan boleh laras sehingga 180 darjah memang sangat membantu ketika kerja-kerja pembersihan. Sesekali terasa seperti sedang membawa kereta kerana pergerakannya sungguh lancar dan mudah untuk mengawal pergerakan. Pergerakan ini penting untuk melalui kawasan-kawasan yang mempunyai halangan kaki meja, kerusi atau almari.

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux
Saiz seperti penyapu sahaja

Saiz kompak dan berdiri sendiri
Sop sering mengalami masalah untuk menyimpan vakum sebelum ini kerana saiz yang besar. Badan dan salur penyedut vakum yang besar memerlukan ruang penyimpanan yang kursus. Berbeza dengan Vakum Ergorapido Electrolux yang bersaiz kecil yang boleh berdiri tanda sokongan membolehkan ia disimpan dimana-mana sahaja dan tidak mengganggu ruang.

Rumusan
Setelah menggunakan selama seminggu Vakum Ergorapido Electrolux ini, Sop sangat berpuas hati dengan prestasinya. Penggunaan Vakum Ergorapido Electrolux sangat efisyen untuk kerja-kerja membersih rumah. Setiap rumah harus memiliki Vakum Ergorapido Electrolux ini untuk meringankan kerja-kerja membersih rumah.

Tonton video di bawah untuk maklumat berkaitan:



Maklumat lanjut mengenai Vakum Ergorapido Electrolux yang Sop guna ini, sila layari http://www.electrolux.com.my/Products/Living_Space/Vacuum_Cleaners/Battery_and_Portable_Vacuums/ZB3003

Galeri gambar:

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

Pengalaman menggunakan Vakum Ergorapido Electrolux

7 comments:

  1. Amboiii.. merahnya pak long..

    Berapa hari review ni bos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. merah menyala :)
      banyak hari @Nur Misnan :)

      Delete
  2. menarik ni abang sop, kot boleh bodek mama beli sama, hehehe

    ReplyDelete
  3. Emm untung la sop dah try..hehehe..nampak mcam sesuai untuk masuk mencuci kawasan yang sempit...

    ReplyDelete
  4. pakai bateri rechargeable :)
    lampu sesuai utk lihat habuk di kawasan gelap.. hehhe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon