Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 1
Selamat sejahtera kepada semua rakan
Ini merupakan pengalaman pertama kami ke Osaka, Jepun. Pada mulanya Mrs Sop sahaja yang merancang untuk ke Osaka bersama rakan-rakan pejabat beliau. Namun kerana ada sedikit lebih rezeki, bolehlah kami sekeluarga mengikuti percutian ke Osaka tersebut. Dengan promosi AirAsia X, bolehlah kami sekelurga menjejaki kaki ke Osaka ini.
Tiket penerbangan kami ialah pada jam 8.20 pagi tetapi seawal jam 2.00 pagi kami telah mula bertolak ke LCCT. Banyak perkara yang perlu diambil tindakan sebelum berlepas seperti untuk meletak kereta di ruang parking yang agak jauh, urusan beg dan lain-lain lagi. Lagipun, selepas kejadian MH370, kawalan keselamatan agak ketat. Tempoh pemeriksaan akan memakan masa lebih panjang. Dengan hadir awal ini, kami tidak perlu tergesa-gesa terutama untuk mengurus keluarga. Jika Sop sahaja, lewat sedikit pun tiada masalah dan tidak mungkin seawal begini sampai ke LCCT.
Penerbangan dari LCCT ke Lapangan Terbang Kansai memakan masa lebih kurang 7 jam. Beberapa kali tidur dan bangun baru boleh sampai. Semasa awal perjalanan, Auni tidur dengan lenanya dan kami boleh menikmati penerbangan dengan aman. Namun setelah Auni bangun, masing-masing tidak boleh duduk tenang. Mana boleh Auni duduk diam bukan?
Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kansai pada jam 3.00 petang. Pada asalnya kami merancang untuk menggunakan kereta api untuk ke Osaka dan tempat penginapan kami. Namun tiba-tiba Mrs Sop pula pening mungkin kerana penat melayan Auni ketika anak kapal terbang. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik teksi ke Osaka dan perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam lebih dengan kos 15,000 yen.
Sampai di tempat penginapan kami terus daftar masuk. Tidak sabar untuk berehat setelah hampir seharian dalam perjalanan.
Ikuti kisah Jalan-jalan ke Osaka dalam entry seterusnya :)
Galeri gambar:
wah.. best nya dah sampai jepun..
ReplyDeletebest boleh tgk tempat orang :)
Deleteuntunglah uols dpt pergi osaka
ReplyDeletedpt jumpa oshin x :)
fridge magnet xde ke tuk iols haha
terima kasih el :)
Deletexbeli apa2 pun.. mahal.. hehehe
Cam best jer....tak sabar nak tunggu next entri..... teringin gak nak ke sana sebenarnya ni.... tggu fulus lebat dulu... :D
ReplyDeletemelawat musim spring ni dpt lihat permandangan yg cantik dgn sakura yg sedang kembang
Deletebyk tempat menarik tp xsempat nak cover semua.. huhuhu
Berapa celcius di sana? Macam sejuk je..
ReplyDeleteskrg ini siang dalam 16 - 18 celcius dan mlm 6 - 12 celcius. cam hujan hari tu lebih kurang 10 celcius :)
Deletesejuk juga :)
uiyoooo...best.... jln2 tempat oghang ni......
ReplyDeletealhamdulillah, dapat merasa juga kami sekeluarga :)
Deleteterima kasih @D_08
bestnyer jalan2 ke jepun ! entah bila la CN nk kesini..kena menabung dari sekrang ni...hehe
ReplyDeleteboleh je CN nak pergi
Deleteada sikit2 modal boleh lah pergi :)