13 March 2014

Ikuti kursus asas fotografi dan editing

Ikuti kursus asas fotografi dan editing
Poster kursus asas yang berjaya dihasilkan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah ikuti kursus asas fotografi?
Ini adalah kali pertama Sop menyertai kursus fotografi. Kursus ini adalah anjuran pejabat Sop. Peluang yang baik untuk Sop belajar tentang fotografi ini.

Semenjak memiliki DSLR, Sop belum pernah ikuti mana-mana kursus fotografi secara formal. Semua belajar melalui bahan internet dan rakan-rakan. Selebihnya adalah berdasarkan 'try and error' sahaja :)

Walaupun ini adalah kursus asas fotografi sahaja tetapi banyak perkara baru yang dapat Sop belajar terutama bab-bab teknikal. Ada perkara yang belum Sop tahu dapat dipelajari daripada kursus ini. Malah dalam kursus ini juga, Sop boleh mencuba untuk merakam gambar ala-ala studio, penggunaan pemantul cahaya dan lain-lain lagi.

Kursus asas ini hanya berlangsung 2 hari sahaja. Bagi Sop yang masih cetek ilmu dalam fotografi ini masih banyak yang perlu dipelajari. Mungkin selepas ini boleh sertai kursus tahap berikutnya jika diadakan lagi atau sertai kursus anjuran luar pula :)

Tenaga pengajar bagi kursus ini rakan pejabat juga tetapi banyak pengalaman dalam bidang fotografi. Beliau juga banyak mengikuti kursus-kursus anjuran luar untuk mendalami bidang fotografi.

Gambar hasil pembelajaran dari kursus tidak dapat dikongsi kerana entry ini ditulis menggunakan telefon kecuali gambar di atas sahaja. Poster tersebut hasil rakaman dan editing pada hari kursus tersebut :)

6 comments:

  1. Tahniah sop... baru je mike bgtau tak pernah hadiri kursus DSLR... tetiba terus pergi kursus 2 hari...... tahniahhh...... mike udah handal ni.... tambah2 lagi handal laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih cetek ilmu Sop bro D_08 :)
      byk yg blom Sop tahun ttg fotografi ni :)

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih bro Polie
      belajar dan terus belajar :)

      Delete
  3. Satu lagi best kalau hadir kursus macamni boleh dapat kenalan baru yang sama minat dengan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 betul tu bro Arham
      sblm ni mungkin xtahu pun yg rakan kita sendiri minat fotografi
      terima kasih bro

      Delete


EmoticonEmoticon