21 March 2014

Berjaya dapat Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Lens 50mm F1.8 dikatakan lens DSLR terbaik untuk gambar potrait. Bagi pemilik DSLR, lens 50mm F1.8 perlu menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi terutama untuk tujuan mengambil gambar potrait. Atas dasar itu, Sop mula menyimpan impian untuk memiliki lens 50mm F1.8 ini.

Berjaya dapat Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Sejak itu, Sop mula meninjau-ninjau harga lens 50mm F1.8 ini. Oleh kerana Nikon D3200 tidak mempunyai motor pada badan kamera, Sop perlu mencari lens yang mempunyai motor untuk auto fokus. Harga lens yang mempunyai motor auto fokus jauh lebih mahal berbanding lens manual. Contohnya lens Nikon 50mm F1.8D separuh harga daripada Nikon 50mm F1.8G.

Sop ada juga singgah ke kedai untuk melihat harga Nikon 50mm F1.8G baru dan harganya boleh tahan. Oleh itu, tumpuan Sop ialah mendapatkan lens Nikon 50mm F1.8G terpakai sahaja dengan harapan harga lebih murah. Agak lama juga Sop meninjau lens Nikon 50mm F1.8G ini tetapi tidak banyak yang ingin jual berbanding Nikon 50mm F1.8D atau Nikon 35mm F1.8. Iklan yang ada sebelum ini semuanya telah dijual.

Setelah setiap hari meninjau iklan lens Nikon 50mm F1.8G di mudah.my dan akhirnya terdapat iklan yang baru dihantar. Tanpa melengah masa Sop terus menghubungi beliau dan lens tersebut masih ada. Terdapat ramai juga yang sedang bertanyakan tentang lens tersebut tetapi beliau menggunakan konsep sapa cepat dia dapat. Walaupun penjual tersebut di Puncak Alam, Sop tetap membuat temujanji untuk COD. Ini kerana harga yang ditawarkan amat memuaskan dan 2 barangan percuma turut diberikan iaitu filter dan monopod.

Berjaya beli Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Malam tersebut, Sop terus ke Puncak Alam untuk COD Nikon 50mm F1.8G tersebut. Walaupun ini kali pertama ke Puncak Alam, demi misi lens Sop pergi juga. Sebenarnya tidak jauh sangat dari Kuala Lumpur ke Puncak Alam iaitu lebih kurang 50KM sahaja :)

Pada petang tersebut, Kuala Lumpur telah hujan dengan lebatnya. Sop mulanya agak risau kerana telah berjanji dengan penjual berkenaan jam 9.30 malam. Jika hujan tidak berhenti pasti rosak rancangan untuk COD lens tersebut. Jika Sop pergi dengan kereta, pasti lewat malam baru boleh sampai kerana jalan masih sesak di Kuala Lumpur.

Pada jam 8.45 malam Sop ke Puncak Alam dengan motosikal kerana hujan telah berhenti. Perjalanan lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi yang telah dijanjikan iaitu di Mc Donald Puncak Alam. Setelah penjual datang, urusan jual beli berjalan lancar. Lens Nikon 50mm F1.8G yang dijual sangat memuaskan dan agak terkejut apabila dimaklumkan jaminan lens masih ada 6 bulan lagi. Harga ditawarkan dengan lens serta saguhati yang diberikan cukup berbaloi. Walaupun agak jauh Sop Puncak Alam tetapi sebenarnya sangat berbaloi-baloi. Malah beliau turut memberikan kerkongsi info tentang fotografi semasa borak-borak tersebut.

Selesai urusan jual beli, Sop mula hendak berangkat balik. Baru sahaja hendak memulakan perjalanan, hujan mula turun. Tidak terlalu lebat tetapi boleh basah juga jika diredah. Jika Sop sahaja mungkin tiada masalah untuk meredahi hujan tetapi ada bersama ialah kamera yang dibawa untuk tujuan cuba lens yang baru dibeli. Oleh kerana malam telah lewat, Sop hanya berhenti seketika sahaja di pondok ketika hujan agak lebat. Kemudian meneruskan perjalanan balik merendah hujan yang kurang lebat.

Sampai di rumah, terus periksa back pack kamera. Nasib baik air hujan tidak memasuki beg walaupun back pack telah lembab. Rain cover back pack kemera telah menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah.

Hari ini baru kesempatan untuk mencuba lens Nikon 50mm F1.8G. Semasa COD tersebut, Sop hanya sempat cuba gitu-gitu sahaja sekadar untuk memastikan ia berfungsi. Malam ini, model tetap Sop kurang mood pula untuk bergambar kerana kurang sihat. Kenalah curi-curi tangkap gambar Auni :)

Galeri gambar Auni dengan lens 50mm:

Berjaya beli Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Berjaya beli Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Berjaya beli Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Berjaya beli Lens Nikon 50mm F1.8G murah

Berjaya beli Lens Nikon 50mm F1.8G murah

13 comments:

  1. sop, smart la gambar..ni yang buat nana jeles sangat nih .

    ReplyDelete
  2. kalau sy tau awal2 sy jual kt bro len 50mm ni. sy nk cari 35mm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xda rezeki dgn lens bro :)
      kalau tak mesti sambar dah.. hehehe

      Delete
  3. cantikkkkk.... tahniah sop...... berbokeh2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro D_08
      kena belajor byk lagi ni guna prime lens :)

      Delete
  4. cantiklah, tak sabar tunggu gambar-gambar terbaru nanti...heee

    ReplyDelete
  5. cantiknya gambar..berminat nk belajar main dslr ni utk buat bhn dlm blog..tapi fulusnya not bad mahal..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow2 bro Zu
      ambil yg beginner DSLR, murah dah skrg :)
      Sop pun campur2 je gambar utk blog ni. gambar hanpun pun ada

      Delete
  6. Hehe..begitu gigih sop mendapatkan lens ni..terbaik la..sejuk tu bawak motor dalam hujan...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon