11 February 2014

Yeo’s Pilihanku dan pilihan keluarga kami

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Yeo’s Pilihanku dan pilihan keluarga kami
Auni juga suka Soya Yeo's

Anda peminat Yeo’s?
Jenama Yeo’s tidak asing lagi di Malaysia dan Yeo's sentiasa menjadi pilihan kami.

Yeo's telah bermula dalam industri makanan dan minuman bermula tahun 1900 dan kini telah terkenal di Malaysia dan Antarabangsa. Terdapat beberapa produk Yeo's yang menjadi pertama dalam pembuatan seperti kari ayam dalam tin, air soya botol, teh bunga dan pertama di Asia menggunakan proses UHT. Sila rujuk di sini untuk maklumat korporat Yeo's.

Yeo’s Pilihanku dan pilihan keluarga kami
Sumber foto

Yeo's merupakan pengeluar produk makanan dan minuman seperti air soya, air teh, yogurt, jus buah-buahan, seri kaya tin, kacang panggang tin, kari ayam tin dan lain-lain lagi. Semua produk ini telah menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia. Anda bagaimana?

Dalam banyak-banyak produk Yeo’s, pilihan kegemaran utama Sop dan keluarga ialah air soya Yeo’s. Jika diikutkan, banyak produk menjadi pilihan kami sekeluarga tetapi entry ini akan fokus untuk 1 produk sahaja dahulu. Ini kerana air soya Yeo's ini paling mempengaruhi penggunaan dalam kehidupan kami. Apabila sebut sahaja air soya, pasti secara automatik kami akan menyeebut "Air Soya Yeo’s". Cukup kuat pengaruh Yeo's dalam dalam kehidupan kami bukan?

Yeo’s Pilihanku dan pilihan keluarga kami
Air kotak untuk minuman harian
Ketika ini, Yeo's menjadi minuman harian kami sekeluarga. Malah, air kotak menjadi bekalan untuk Azfar dan Azwar ke sekolah setiap hari. Air soya Yeo's sentiasa ada dalam simpanan untuk kegunaan harian. Jika bosan dengan soya biasa, kami akan tukar dengan soya perisa tambahan lain seperti soya jagung dan soya hitam.

Yeo’s Pilihanku dan pilihan keluarga kami
Susu Soya sedap diminum sejuk
Sop dan keluarga cukup suka dengan air soya Yeo’s kerana seperti berikut:
  • Rasa soya sejati
  • Tanpa pengawet
  • Kurang manis


1 kotak sebelum ke sekolah
Rasa soya semestinya kegemaran Sop dan keluarga. Terdapat minuman yang tidak rasa soya walaupun ianya minuman berperisa soya. Rasa amat penting untuk setiap jenis minuman. Terdapat minuman yang menggunakan perisa tiruan dan ia memberi rasa yang berlainan. Rasa soya sejati adalah menjadi pilihan kami sekeluarga.

Tanpa pengawet sangat penting untuk kesihatan diri. Setiap pengguna tahu pengawet tidak elok untuk kesihatan. Sila elakkan mengambil produk makanan yang menggunakan bahan pengawet. Pilihan pengguna adalah banyak dipasaran dan pastikan pilih yang terbaik.

Kesedaran tentang mengurangkan mengambil makanan dan minuman yang manis telah tinggi sekarang ini. Jika di kedai-kedai makan, kita sering mendengar pelanggan memesan minuman kurang manis. Kami sekeluarga sendiri memilih minuman kurang manis. Bagi Sop, ketika umur meningkat ini memang perlu menjaga setiap pemakanan terutama minuman manis. Bagi anak-anak pula, minuman yang manis akan memberi lebih tenaga yang menjadikan mereka lebih hyperaktif.

Maklumat berkaitan Yeo's Soya, sila rujuk di sini

Pilihan Semulajadi

Selaras dengan tema "Pilihan Semulajadi", Yeo's mengekalkan kualiti produk mereka dengan menggunakan bahan-bahan segar. Rasa sebenar keenakkan makanan dan minuman sentiasa dijaga dan sentiasa mematuhi standard kawalan kualiti.

Sumber

Produk Yeo's juga memiliki sijil halal Malaysia.

Untuk kekal mendapat maklumat terkini, jangan lupa untuk sertai laman sosial Yeo's seperti berikut:


Jom minum Susu Soya Yeo's
Video galeri gambar:


Video Auni suka Soya Yeo's


Jom gaya hidup sihat bersama Yeo's

yeos-minicontest-300x250

21 comments:

  1. Balik ngaji terus pekena soya Yeo's, terbaiklah...
    Billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. soya pun kegemaran aku gak.. 8-)

    ReplyDelete
  3. air soya yeo's memang terbaik walaupun sudah ada pesaing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih blogger babyface atas pandangan

      Delete
  4. terima kasih blogger babyface atas pandangan :)

    ReplyDelete
  5. Hoho... anak2 pun suka minuk ya.. bagus2

    All d best bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Nur Misnan
      good luck buat sis juga :)

      Delete
  6. ok..awok udah like dan kongsi kat g+ ...good luck sop!!!!

    ReplyDelete
  7. Memang soya nie bagus untuk kesihatan kita kan.... soya jagung pun unik la rasanya.... g plus untuk bro....

    ReplyDelete
  8. good luck ~ saya support entri ini dgn FB share dan G+

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon