18 February 2014

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Agak lama juga kami tidak beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Rindu pula dengan suasana segar dan permandangan menarik di situ walaupun di tengah bandar Kuala Lumpur.

Ahad lepas kami sekeluarga kesempatan singgah untuk beriadah sambil santai-santai. Sungguh tidak sangka, pengunjung memenuhi Taman Tasik Titiwangsa bagaikan terdapat pesta di situ. Ada yang santai-santai dan tidak kurang mereka yang sedang bersukan.

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Di depan Astaka Taman Tasik Titiwangsa dipenuhi dengan pemain roller skate. Jika dulu, tidak banyak kasut roller skate yang disediakan untuk sewaan tetapi baru-baru ini kelihatan hampir penuh pemain roller skate menggunakan kasut roller skate sewa. Namun begitu, harga sewaan masih sama iaitu RM 5 untuk 30 minit.

Kami hanya membawa skuter untuk aktiviti riadah Azfar dan Azwar. Namun begitu, Auni juga mengamuk hendak bermain skuter berkenaan. Oleh sebab itu, terpaksa kami menyewa roller skate untuk kegunaan Azwar dan Auni boleh bermain sepenuhnya skuter tersebut.

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Walaupun Sop tidak berjogging tetapi aktiviti mengejar Auni cukup untuk mengeluarkan peluh. Auni yang teruja dengan kawasan lapang tersebut sentiasa ingin bebas untuk berlari dan bermain.

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Kelihatan terdapat permainan baru di Tasik Titiwangsa iaitu bola angin. Permainan yang menarik untuk dicuba tetapi mesti ramai yang beratur giliran bukan? Kami hanya melihat dari jauh sahaja untuk ketika ini. Ada sesiapa punyai maklumat mengenai permainan bola angin tersebut?

Galeri gambar:

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

8 comments:

  1. Bola angin tu nampak macam menarik. Tak pernah lagi sampai ke tasik ni. Salam blogger baru. (o)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, mcm menarik :) kena cuba nanti...
      terima kasih atas komen :)

      Delete
  2. Cantik2 gambar yang bro sop amik, pakai kamera apa erk... And lagi satu camner nak buat kotak komen camni erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Linda
      Sop pkai Nikon D3200 sahaja
      kotak komen boleh setting blog. utk masuk ikon kena tabah dan juga utk author

      Delete
  3. cantikkk..... lama dah awok tak ke Titiwangsa ni...sejak balik Ipoh ni.... kalo tak dulu.... tiap2 petang ke sana... maklumle opis kat PWTC je..... cantik gambo mike..... skill hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro D_08
      kat ipoh pun byk tmn yg cantik kan?

      Delete
  4. Bila lah boleh try bola angin tu..macam sedap aje..hehe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon