Mencuba teknik fotografi Levitation
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Teknik fotografi sangat meluas dan pelbagai. Ia bukan sahaja untuk mendapat gambar terang dan jelas tetapi juga untuk menghasilkan seni fotografi.
Baru-baru ini Sop terpengaruh dengan teknik yang dipanggil 'Levitation' atau Bahasa Malaysia ialah ampungan (yer ker?). Teknik 'Levitation' ini telah dikongsikan oleh channel DigitalRev TV di Youtube yang bertajuk "How to do Levitation Photography" seperti berikut:
Menarik bukan teknik fotografi 'Levitation' ini?
Untuk rakam aksi tidak menjadi masalah dengan meletakkan setting shutter speed lebih laju sahaja tetapi untuk membuat aksi itu yang sukar. Bukan mudah untuk terbang dengan aksi yang sesuai untuk memastikan ia kelihatan menarik.
Pada mulanya Sop menggunakan model cilik (Azfar dan Azwar) malangnya mereka hanya tahu membuat lompatan mesra sahaja. Akhirnya, Sop sendiri yang terpaksa melompat dan anak-anak menjadi jurugambar. Penat juga apabila beberapa kali terbang. Peringkat awal, anak-anak baru hendak mendapat rentak merakam.
Walaupun anak-anak yang membidik gambar ada juga iras-iras teknik fotografi 'Levitation' ini. Sambil-sambil cuba teknik fotografi 'Levitation' ini, dapat juga Sop mengeluarkan peluh dengan melompat Kikiki
Jom layan fotografi 'Levitation' yang berjaya di rakam:
Nota kaki: Editing untuk menutup aurat. Kena pakai pakaian lebih sesuai lepas ini jika ingin buat teknik fotografi Levitation lagi :)
menarik.. ade tu tgk yg macam terbang guna penyapu..gambar freeze..
ReplyDeleteitu lah.. kalau kreatif lagi menarik :)
Deletetry jgn xtry.. hehehe
thx bro Amir
wah sungguh asyik boleh buat action masuk tv ni heee
ReplyDeleteSenaman lompatan bebas... Hehehhe
DeleteThx @Suri
puashati hasilnya walaupun boleh berpeluh, dua dalam satu, senaman dan photografi.
ReplyDeleteBetul tu tn @denaihati. Sambil2 bergambar boleh keluar peluh. Hajat asal mmg nak bersenam :)
DeleteTkasih @denaihati
digitalrev the best!
ReplyDeleteexcited betul si ayah melompat.hihi
Mmg best digiralrev
DeleteByk tips yg menarik mereka kongsi :)
Papa dia yg kena melompat akhirnya :)
Wahhh terrer lah anak sop..emmm leh la cuba nanti..macam menarik aje...terima kasih sop kongsikan..gambar pun clear aje,..
ReplyDeleteKena cuba bro sbb hasil mmg best kalau jd :)
DeleteBoleh lah anak shoot walaupun komposisi out sikit. Janji dpt rakam :) hehe
Thx bro @hafizul
memang keluarkan peluh ni..pelbagai gaya..
ReplyDeleteKalau x fit mmg xleh wat aksi levitation nih
DeletePenat... Hehhe
Thx @Ema
serius.. lepas nie aku nak try..
ReplyDeleteKena try bro Fazrol :)
Deletepenat nak kena lompat-lompat ni..apa benda yang diblurkan tu bro :)
ReplyDeleteKena tutup bro. Nampak six pax. Huhuh
Deletegood try. hehehe... memang menarik. rasa nak cuba sendiri lak.
ReplyDeleteKeba cuba bro aswadz
DeleteKalau dpt moment yg cantik mmg menarik :)
Good style :)
ReplyDeletethank you bro
Delete