Anda suka buah limau bali?
Jika limau bali madu pasti ramai yang gemarkannya. Bagaimana pula limau bali kampung?
Limau bali kampung ini Sop merujuk kepada limau bali yang terdapat di rumah kampung Sop. Jika limau bali madu, isinya berwarna putih tetapi limau bali kampung isinya berwarna kemerahan. Mak Sop sendiri tidak pasti benih limau bali ini dari mana tetapi kini ia berbuah dengan baik.
Beza limau bali kampung dengan limau bali madu ialah rasanya agak masam dan pahit. Namun begitu, ia masih sedap untuk dimakan kerana isinya agak lerai dan keras. Semasa makan mungkin rasa masam tetapi terus hendak makan :)
Saiz limau bali kampung ini sama sahaja dengan saiz limau bali madu. Kulitnya juga agak tebal :)
Ketika menaip entry ini, masih terbayang kemasaman limau bali ini dan cair air liur. Hehehehe
Galeri gambar:
4 comments
Write commentskat rumah cik nor ada gak sepokok limau bali madu nie..berbuah xikut musim..ada jer buah dia..:)
Replykat Perak ni deme udah tuko.... tak panggei Limau Bali dah.... sekaghang panggei Limau Tambun..... ehhh...macam idea bagoih entri baghu awok nanti ni...... tq...tq... sop
Replybest la cik nor
Replyboleh makan sokmo :)
tambum mmg terkenal dgn limau bali nih
Replypusat jualan dia pun besar :)
terima kaish D_08
EmoticonEmoticon