Berlatih membidik gambar di kampung
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pada minggu lepas, Sop dan keluarga telah pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Walaupun banyak aktiviti lain semasa di kampung, sempat juga Sop curi-curi masa mencari objek untuk dirakam. Sop hanya mencari sekitar rumah sahaja kerana waktu yang terhad. Itupun ada masanya Auni sibuk mengikut sehingga tidak dapat fokus untuk mencari objek yang menarik :)
Di kampung memang banyak objek yang menarik cuma kena pandai cari. Bagi yang pro mungkin banyak benda yang biasa-biasa menjadi menarik tetapi bagi yang baru mencuba-cuba dalam bidang fotografi ini mungkin sedikit sukar. Oleh kerana telah ada DSLR (walaupun tahap permulaan) kenalah belajar untuk menggunakannya.
Latihan menjadikan kita lebih baik bukan?
Oleh itu, Sop belajar sikit demi sedikit tentang fotografi ini untuk menjadi lebih mahir. Berbeza jika mengikuti kelas formal dengan belajar sendiri yang mana semua perlu berdasarkan pengalaman dan "try and error". Daripada situ, kita boleh perbaiki sikit demi sikit.
Sop masih baru dalam penggunaan DSLR ini. Banyak fungsi yang belum tahu dan masih cuba dan mencuba. Malah ada butang yang belum pasti apa fungsinya. Hehehe
Setiap gambar yang rasa menarik terus dikongsikan melalui Instagram. Ketika di kampung, Sop agak aktif memuat naik gambar pada Instagram. Lagipun ketika itu, pelan data internet telefon baru 'refresh'. Memang data tengah laju awal bulan sebelum kembali perlahan selepas habis kuota nanti :) Jangan lupa follow Sop pada Instagram di http://instagram.com/gnesop
Semoga Sop akan lebih maju dalam bidang fotografi ini walaupun sekadar hobi :)
Galeri gambar:
Nota kaki: Foto tidak edit
boleh buat wallpaper ni cantik gambar ada ulat bulu dan bunga itu
ReplyDeleteTerima kasih suri :)
Deletesemua cantik2!!! :)
ReplyDeleteterima kasih @deno :)
Delete