![]() |
Muka kesan alergi |
Semalam ketika balik sekolah, badan Azwar telah muncul ruam gatal pada badan. Pada mulanya pada bahagian muka dan kemudian merebak ke seluruh badan. Ketika itu, kulit mula gatal-gatal dan kemerahan apabila digaru dan gosok.
Selepas mandi, rasa gatal berkurangan tetapi masih ada alergi tersebut.
Kami tidak pasti punca alergi tersebut kerana banyak faktor penyebab alergi ini. Jika orang dewasa, mungkin boleh nilai apa yang menyebabkan berlaku alergi melalui aktiviti harian. Kami cuba selidik tetapi terlalu banyak punca-punca yang menyebabkan berlaku alergi kepada Azwar.
Pagi tadi semasa ke sekolah agama, kelihatan alergi telah berkurangan dan Azwar boleh bersekolah seperti biasa. Namun petang tadi selepas sekolah kebangsaan, kelihatan alergi muncul lagi dan kini semakin banyak. Selepas Isyak, Sop terus bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Untuk rawatan, doktor cadangkan mendapatkan suntikan untuk hilangkan alergi dengan segera. Namun Sop menolak kerana alergi Azwar tidak serius dan suntikan memberi kesan psikologi negatif untuk anak-anak. Kanak-kanak mana tidak takut jarum? Beza suntikan dengan makan ubat ialah tempoh berkesan yang lebih lambat iaitu biasanya 1 hingga 2 hari baru boleh hilang sepenuhnya.
Doktor telah beri ubat makan untuk alergi, gatal dan krim sapu. Kos untuk rawatan tersebut ialah RM80. Mahal juga ubat alergi ini (atau klinik Sop pergi yang mahal?) Hehehe. Selepas makan, terus Azwar mengantuk kerana ubat gatal sedikit mengantuk dan sebenarnya bagus untuk bagi Azwar berehat dan hilangkan rasa gatal.
Anda atau anak ada pengalaman alergi?
12 comments
Write commentsSaya juga ada masalah alergik tidak boleh makan ubat tahan sakit. Contoh Panadol.
Replytak tau lagi lah apa puncanya? klau mcm sy, alergik udang. start lah gatal2 kat tapak tgn. (org tua2 kata gatal tapak tgn nak dpt duit tp sy dpt alergik. hehe). paling teruk pun sesak nafas sampai merah muka. huhu
ReplyGet well soon... Amin...
Replyhttp://myrujukan.com/
Replysaya pun kena gak mcm ni, pi beli ubat sapu dan pil makan dan kendian kalau boleh mana mana tempat atau kain yg lama dicuci semula utk elak habuk dan sebagainya
oh. kalau sakit susah nampanya bro :)
Replyterima kasih @akubiomed
wah.. kalau sampai tahap sesak nafas mmg kronik tu
Replyterima kasih @aisya atas perkongsian
terima kasih @Azrul
Replyrasa bukan dr rumah ni
Replytp kami cuba juga bersihkan rumah
thx @Juan
Azwar dan saya memang senasib..saya tak leh makan makanan laut banyak sangat..kalay terlebih banyak, memang kena sebijik la macam azwar ni..emmm gatalnya tuhan aje yang tahu...
Replyterima kasih bro Hafizul atas maklumat :)
ReplyALhamdulillah anak ema tak pernah alami kulit alergik ni..moga Azwa cepat sembuh
Replyterima kasih @Ema :)
ReplyEmoticonEmoticon