Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant, Danau Kota
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah singgah menjamu selera di Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant, Danau Kota?
Sop baru pertama kali singgah makan malam di sini. Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant, Danau Kota agak baru dibuka dan kami tertarik dengan papan tanda Islamic Steakhouse. Pelanggan juga kelihatan tidak putus singgah menjamu selera. Ia juga tidak jauh dari rumah Sop :)
Lihat keadaan restoran pun boleh tahu ia jenis makanan eklusif dan hebat. Tambahan pula penggunaan 'Steakhouse' menujukkan ia pakar dalam bidang masakan steak.
Setelah meneliti menu yang diletak depan restoran, kami akhirnya masuk ke Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant untuk menjamu selera. Kami telah memilih menu seperti berikut:
- Grilled Lamp Chop
- Grilled Sirloin Steak
- Rocky Chicken Nachos
- Kid Alfredo
- Angry chicken
Minuman pula adalah seperti berikut:
- Ice lemon tea (free refill)
- 100 plus
- Vanilla Milk Shake
- Fresh Orange Juice
Perkhidmatan Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant sangat memuaskan sesuai dengan tema restoran eklusif. WiFi disediakan kepada pelanggan yang menjamu selera.
Terdapat dua ruang yang disediakan iaitu dalam restoran yang berhawa dingin dan ruang luar restoran untuk udara tanpa penghawa dingin.
Dari segi masakan menu yang kami pesan, ia tidaklah terlalu hebat dari rasa. Ia rasa biasa sahaja tetapi hebat dalam segi hiasan. Sop rasa ada masakan steak yang lebih sedap dari Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant ini.
Pada pandangan Sop, harga juga agak tinggi. Namun jika lihat kepada tema restoran pasti kita boleh agak harga makanan yang disediakan bukan? Untuk hari-hari istimewa, bolehlah sekali sekala makan di Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant ini :)
Bagi yang ingin mencuba Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant, Danau Kota ini, ia terletak di PV128 Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur.
Bagi yang ingin mencuba Wadihana Islamic Steakhouse Restaurant, Danau Kota ini, ia terletak di PV128 Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur.
Galeri gambar:
baru tahu kat bangi pun ada :)
ReplyDeleteterima kasih bro Hazmin atas maklumat