01 January 2014

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selepas pengumuman Google tentang Android KitKat 4.4, teringin juga hendak mencuba. Biasanya update terbaru hanya telefon-telefon yang baru sahaja akan terima. Tetapi mujur ada kumpulan-kumpulan pembangun program yang sentiasa menyediakan program kepada kebanyakkan jenis telefon walaupun tiada update rasmi.

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Hasil carian mendapati Android KitKat 4.4 yang dibangunkan telah stabil walaupun belum official. Dengan semangat ingin mencuba, akhirnya telefon Galaxy S3 Sop berjaya diupdate kepada Android KitKat 4.4.

Pembangunan custom ROM ini terdiri daripada banyak team dan jenis. Sebelum ini Sop telah menggunakan custom ROM untuk mendapat update terkini dan ROM CyanogenMod ini adalah kali pertama. Bagi yang telah berpengalaman memasang custom ROM tiada masalah untuk memasangnya. Cara pemansangan tidak jauh berbeza antara setiap team cuma hasil dan tema yang berbeza.

CyanogenMod antara pembangun ROM yang popular kerana team mereka sering membuat update dan ROM beroperasi dengan baik. Themes yang digunakan juga menarik dan paling penting, telefon beroperasi dengan lancar.

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Hasil pemasangan, telefon Galaxy S3 Sop kelihatan lain dan feel yang berbeza berbanding sebelum ini. Beberapa aplikasi juga telah berbeza seperti kamera, muzik, launcher dan sebagainya.

Sop telah merujuk laman berikut untuk proses pemasangan Android KitKat 4.4 pada Galaxy S3:
http://true-android.blogspot.com/2013/12/update-galaxy-s3-i9300-to-android-441.html

Galeri gambar:

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

Update Galaxy S3 dengan Android KitKat 4.4

15 comments:

  1. wah..blog berwajah baru...nak edit jgk tapi xpandai..hihik

    ReplyDelete
  2. ni tuk semua jenis phone blhe ke..tuk tab 2 bleh update jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini untuk Galaxy S3 sahaja
      untuk model lain, perlu guna ROM lain :)

      Delete
  3. aritu buat tuk s4 tp xboley pun...guaner erk? xretila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try balik download update tu yer Lyn :)

      Delete
  4. saya bab2 gini memang xberani la nak mencuba. takut tersalah langkah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tersalah mmg susah sket
      tp kalau dah backup tiada masalah :)

      Delete
  5. Nad baru je upgrade ke 4.3, sekali dah 4.4 pulak ye? T_T Bila lah kita nak up to date ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu official update dr samsung yer Nad :)

      Delete
  6. slow2.. nanti tiba masa akan keluar yg offcial :)

    ReplyDelete
  7. Ada bug x untuk signal display..ada orang kata ada masalah. Contoh: sepatutnya full bar tapi signal tunjuk 70%..dan lagi satu fungsi kamera ada kacau x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedikit bug dgn kamera
      kadang2 jadi xboleh guna kamera sehingga perlu restart
      utk lain xada masalah setakat ini :)

      Delete


EmoticonEmoticon