Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah dengar tentang Yamiya?
Yamiya merupakan penjual peralatan fotografi secara online Malaysia. Ahli-ahli fotografi mungkin tidak asing lagi dengan Yamiya ini.
Sop baru pertama kali membuat pembelian daripada Yamiya ini. Seperti biasa, sebelum membuat pembelian perlu periksa dahulu sama ada peniaga online tersebut bagus atau sebaliknya. Hasil carian didapati ramai yang memberi respon yang baik. Mulanya agak risau kerana harga yang ditawarkan oleh Yamiya lebih rendah berbanding peniaga lain.
Sop telah membeli WU-1a daripada Yamiya iaitu peralatan WiFi untuk DSLR bertujuan untuk menghubungkan antara kamera dengan telefon pintar. Berdasarkan pengalaman Sop sendiri, Yamiya menyediakan perkhidmatan yang baik.
Sop telah membuat pembelian melalui laman web Yamiya dan membuat pembayaran dalam jam 10.00 malam. Biasanya walaupun syarikat perniagaan internet (termasuk pembekal hosting) hanya beroperasi hanya waktu pejabat. Respon mengenai bayaran selalunya akan dibuat pada waktu bekerja. Berbeza dengan Yamiya kerana malam tersebut juga Sop menerima pengesahan bayaran dan pesanan telah diproses.
WU-1a di dalam website Yamiya merupakan peralatan tiada dalam stok. Berdasarkan FAQ mereka, ia akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk penghantaran. Jangkaan Sop, mungkin dalam seminggu baru Sop boleh mendapat WU-1a ini. Malah di kedai-kedai yang Sop bertanya kebanyakkan tidak mempunyai WU-1a ini kerana peralatan bukan pilihan. Jangkaan Sop silap kerana pada malam esoknya telah menerima email tentang pesanan telah dihantar melalui CITY-Link (disertakan nombor rujukan). Tengah hari, pesanan telah sampai dengan selamat :)
Bungkusan peralatan juga dibungkus dengan kemas dengan plastik udara luar dan dalam untuk menjaga keselamatan peralatan tersebut.
Terima kasih kepada Yamiya atas perkhidmatan yang baik tersebut. Kepada rakan-rakan yang mencari peralatan fotografi, bolehlah mendapatkan perkhidmatan Yamiya. Untuk maklumat lanjut mengenai Yamiya, sila lawat http://yamiya.com.my/store/
SOP.NAME.MY
DSLR
Fotografi
Kamera
Laman web
review
Review Yamiya - Malaysia Online Photography Equipments Store
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments
Write commentsMemang teringin nak punyai kamera sendiri tapi tak mampu lagi... ;-( ;((
ReplyBoleh bro
ReplySop sendiri berapa lama simpan hajat baru kesempaian. Tu pun jenis tahap beginner kamera je :)
Baru pertama kali dengar tentang Yamiya ini. Boleh cuba tengok selepas ini.
ReplyAssalammualikum.. sop,
Replywahh.. jenama nikon nie .. jenama yg dah dikenali.. (h) dulu masa belajar ambik gambar pakai jenama nie...
mselim3 :)
Boleh cuba bro Shubhi :)
ReplySop beli di Yamiya sbb harga paling rendah dan penghantaran percuma :)
Wah bro Selim ada ilmu fotografi.. Hebat :)
ReplyFirst time dengat nama ni..barang mudah retak memang kna bungkus kasi kaw-kaw gitu..hehe
Replytak silap ada juga blogger nama yamiha...ingatkan pasa blogger...ahaks..
Replyjom beli 1 bro :)
Replybungkusan mmg ptg baik
Replybrg kamera katakan :)
thx bro
huhuh
Replynanti kita citer pasal blogger yamiha lak. kikik
EmoticonEmoticon